dipetik dari email.
Bulan Dzulhijjah
1.
"Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari
yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari
terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad
fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari
tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia
keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan
keduanya”. (Hr Bukhari)
2.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di
sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari
sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka
sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada
Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya
digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)
Amalan-amalan
utama & digalakan
1. Zikir: Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah,
Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith
riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga
menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang
mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah,
pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28). Ibn Abbas r.a mentafsirkan
erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat
majoriti ulama jua.
2. Berpuasa: Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan
Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah )
pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang
kelebihan hari Arafah : "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan
hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). Nabi SAW juga bila
ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia
menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. Adapun
bagi mereka yang melakukan haji makruh berpuasa. Ini pendapat jumhur ulama.
3. Berkorban: Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah
dan berkorban". Allah SWT juga menyebut ertinya : "Sesiapa yang
membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan
hati" (Al-Hajj : 32). Sebuah hadis menyebut ertinya : "Tiadalah
amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari korban kecuali
berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud
; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )
4.
Bertakbir: Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali
KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat
Subuh hari Arafah (9 Dzulhijjah) sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga
Tashriq (13 Dzulhijjah).
5.
Menghidupkan Malam Hari Raya: “Sesiapa
menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya hatinya
tidak mati pada hari hati-hati lain mati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari
‘Ubadah r.a.). Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah
dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat amalan.
(Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).
6.
Orang perempuan juga digalakan menghadiri
perhimpunan solat hari raya. Jika tidak boleh solat, dapat dengar khutbah: Diriwayatkan dari
Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada
'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid,
wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid
mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan
mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang
tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu.
( H.R : Jama'ah)
7.
Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi
dan balik solat hari raya: Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata :
Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau
menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik
melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )
8. Disunatkan
tidak memakan apa-apa sebelum pergi menunaikan solat. Sebaliknya makan selepas
solat.
Ibadah Korban & Fadhilatnya
1.
Nabi
bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kemampuan rezeki untuk menyembelih haiwan
korban, tetapi dia tidak mahu lakukan sembelihan korban, maka jangan
sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah,
Darqutni, Hakim)
Majoriti ulama berpendapat hukum sembelih korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta.
Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi yang berkemampuan.
Majoriti ulama berpendapat hukum sembelih korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta.
Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi yang berkemampuan.
2. Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: Maksudnya: “Korban itu bagi tuannya dengan setiap
bulunya adalah kebajikan”. (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
3.
Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada
Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
Maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
4. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Sabda Rasullah Sallahahu Alaihi Wasallam: Maksudnya: “Wahai manusia,
sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya,
bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan
mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadis riwayat
Thabrani)
5. Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah
bersabda: Maksudnya : ”Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan
sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah
(menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan
tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu
mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi,
maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat
Tirmidzi)
6. “Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menetap (mukim) di Madinah selama sepuluh
tahun, baginda tetap menunaikan korban”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
7. “Dimasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, setiap
seseorang lelaki berkorban dengan seekor kambing untuknya dan untuk
keluarganya”. (H/R Tirmizi, kitab al-Adhahi 2/1216 (hadis ini disahihkan oleh
beliau). Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 2/2546 (dengan sanad yang sahih). Hadis
ini disahihkan juga oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)
8. Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan
qurban tetapi tidak melaksanakannya. “Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki
untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia
mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim
dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul
Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)
Telah dijelaskan dalam kibab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:
“Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban)”. (Lihat: Subulus Salam, 4/169)
Telah dijelaskan dalam kibab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:
“Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban)”. (Lihat: Subulus Salam, 4/169)
Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk
berkorban
1.
Semua
yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut
dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: “Apabila kamu telah melihat
anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka
hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (Hadis Riwayat
Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah).
2. “Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk
bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya
sehingga dia berkorban”. (Hadis Riwayat Muslim)
Menurut Imam Nawawi rahimahullah:
“Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Lihat: Syarah Muslim 13/138)
Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah: “Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah memohon ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau terlupa”. (Lihat: Al-Mughni 11/96)
Menurut Imam Nawawi rahimahullah:
“Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Lihat: Syarah Muslim 13/138)
Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah: “Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah memohon ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau terlupa”. (Lihat: Al-Mughni 11/96)
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.