Thursday, June 23, 2011

on


Setiap kali bila lepas minggu peperiksaan di UM, zaujah saya asyik komplen pasai student datang mintak tambah markah. Tidak kurang juga yang SMS, antar message dalam FB merayu untuk tambah markah.

Ada yang minta dia tunjukkan apa yang dicari  oleh pensyarah dalam setiap soalan. Bila di terangkan ada pula yang minta untuk baut sekali lagi exam. Katanya baru saya faham. Kesian juga zaujah saya melayan pelajar dia. Jadi saya pun bertanya apa puncanya. Anatara yang ketara ialah:

  1. Kurang study 
  2. Tiada buku rujukkan
  3. Tidak tahu kehendak soalan
  4. Kurang latihan
  5. Tiada tumpuan dalam kelas
  6. Datang kelas lewat
  7. Tak faham apa yg pensyarah ajar
Merujuk kepada sebab-sebab di atas, saya teringat masa zaman muda di Universiti dulu. Dapat di perhatikan di kalangan rakan yang gagal atau istilah orang kampung saya, yang kena tendang. Antara sebabnya ialah: mereka yang tidak study, suka lepak di kedai video game, ponteng kelas, suka tidur.
    Apa yang saya dapat simpulkan ialah kata-kata aluan oleh Naib Cancelor semasa minggu penyesuaian, " Masuk Universiti sangat senang, yang susah ialah pastikan anda tak kena tendang". Kata-kata beliau membuatkan saya takut. Terasa macam nak cabut masa tu jugak. Alhamdullilah, Allah beri saya kekuatan untuk mengharunginya.

    Cuma saya pelik dengan pelajar universiti sekarang. Bukan semua, tapi nampak macam tidak berubah dari dulu lagi. Masih ingat di universiti cara belajar sama macam di sekolah. Semua nak disuapkan.

    Disini saya ingin berkongsi beberapa cara belajar di universiti. Jika anda rasa sesuai boleh diambil jika tidak, ikutlah cara yang anda fikir lebih susuai dengan anda. Yang penting ialah study.
    1. Pastikan anda ada buku rujukan untuk setiap subjek. Minimum satu. Kalu tak mampu beli, pinjamlah di perpustakaan.
    2. Di Universiti, kita kena bersedia sepanjang masa. Elakkan study di akhir waktu.
    3. Jika tak faham, jangan biar macam tu saja. Tanya kawan atau paling baik jumpa pensyarah untuk dapatkan jawapan. Kerana otak kita di bhg separa sedar akan sentiasa cuba untuk menyelesaikannya. Jika tak dapat penyelesaian ia akan letih dan kecewa. Itu la pasai bila kita tau jawapan dlm sesuatu perkara kita akan rasa lega.
    4. Adakan study group. 3-4 orang. Ia membantu mempercepatkan proses pembelajaran. Bagi satu topik utk setiap seorang dan suruh dia terangkan kat kumpulan.
    5. Buat banyak latihan. ni mesti. saya suka buku yang latihan yang ada 1000 soalan tu.
    6. Dapatkan soalan tahun lepas dari pelajar senior. dapatkan nota juga dari mereka.
    7. Study ikut masa yg sesuai dgn anda. Ada org suka belajar di tengah malam, ada suka waktu pagi. Ada juga yang suka tempat yang sunyi.
    8. Buat nota ringkas sendiri.Tulis balik. Guna cara mind map. Visualize apa yang anda faham.
    9. Uji kefaham anda sendiri. Cthnya cerita pada kawan.
    10. Tidur mesti cukup. 6-8 jam. jgn terlebih tidur pulak.
    11. Hidup sihat. Ada riadah. Bersukan. Joging.
    12. Pilih kawan yang baik, yang dpt membantu kita belajar. Tinggalkan kawan yang tidak pentingkan study.
    13. Solat jgn tinggal. Banyakkan solat sunat. Solat taubat. 
    14. Doa mintak Allah permudahkan urusan study dan segala urusan lain.
    15. Minta ampun dgn ibubapa selalu. Minta mereka dokan kita juga.
    Ini saja yang saya dapat kongsikan, mudahan anda memberi sedikit ilmu kepada anda.Boleh juga berkongsi, jika anda ada cara lain.

    7 comments:

    1. tgglkan kwn yg tak pentingkan study? ntah la..saya mcm dilemma. mcm tak ptt tgglkan kwn yg sebegitu. selalunya mereka ini juga yg jd kwn susah sng. xkan nk tgglkan mcm tu saja atas sbb malas belajar mereka?

      ReplyDelete
    2. Assalamualikum saudara. Sy seorang pelajar yang telah menduduki ujian SPM pada tahun lalu. Sy ingin bertanya kepada saudara satu soalan. Adakah matapelajaran elektif contohnya fizik, bio, ataupun akaun akan diajar semula (atau sekadar flashback) di universiti? Terima kasih

      ReplyDelete
    3. Salam,saye belajar bahasa arab, tapi x expect tuk ambil kos ni,jadinye saye kene belajar dari awal balik,ade je kawan kawan yang pandai, tapi diorg x suke sgt kalau org tanye2 ni,pastu studi grup xde yg minat nk buat, macam mane ni

      ReplyDelete
      Replies
      1. assalamualaikum..relaks..apa kata awak study sendiri dulu..wat slow dulu..pastu kalau x paham tu pergi la tanya lecturer

        Delete
    4. macam mnaer nk hilangkan sifat malu untuk bertanya??..

      ReplyDelete
    5. Assalam .. Saya pljr sem1 di uitm ,alahmdulillah dpt masuk ipta tp cumanya dlm sem1 pun sy dh nampak cabaran dia sbb ay course melibatkan calculation mmg ssh and own Yang selfish pun rmai even sy berkwn sekalipun . Ada la jugak sorg dua yg datang dan pergi tu pun datang sebab saya good in English . Tu je la kebaikan saya ada alhamdulillah .Cumanya macam mana nak prevent benda ni ? Macam mana nak adapt to the situationsituation dimana I don't have actual friend and it's so hurt .

      ReplyDelete