Wednesday, October 1, 2014

Kepentingan Ilmu



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.

Huraian hadis di atas:
Rasulullah mememag menekankan supaya kita mencari ilmu sebanyak mungkin. Jaganlah kita jadi orang yang beramal secara ikut ikutan saja. Antara isi penting hadis di atas ada 5 golongan yg disebutkan:

1. Golongan yang alim iaitu berilmu serta mengajar org lain.
2. Golongan yang menuntut ilmu
3. Golongan yang selalu mendengar atau menghadiri majlis ilmu
4. Golongan yang mencintai kepada 3 golongan diatas - jika kita tidak mampu menjadi 3 golongan di atas...maka sekurang kurangnya kita mencintai mereka. Bantu mereka dari segala segi yg kita mampu baik dari segi wang ringgit, masa, tenaga atau buah fikiran.

Janganlah kita menjadi golongan yg terakhir yg di sebutkan oleh baginda seperti hadis diatas, iaitu:
5. bukan dari 4 golongan di atas. Kerana golongan ni akan binasa. golongan ni boleh kita kategorikan sebagai mereka yg "bodoh sombong". Ramai dikalangan manusia yg mencapakan diri mereka ke arah kebinasaaan ini. Sibuk dengan sandiwara dunia hingga lupakan diri utk mencari ilmu...malah membeci pulak org alim serata org yg menuntut ilmu. moga moga kita Allah lindungi dari menjadi golongan ke5 ni.
Wallahualam.

Wednesday, February 19, 2014

Apa yang perlu ada bagi hati orang beriman

teringat masa bercuti di Adelaide

Apa yang perlu ada bagi hati orang beriman

ni adalah ringkasan dari kuliah Utz Jazlan Mohammad. moga sesama kita dapat manfaat.

1. Mencintai dan mentaati Allah
2. Cinta dan benci kerana Allah
3. Mencintai Rasullulah
4 Kena ikhlas dan taqwa
5. Taubat
6. Kena banyakkan selawat kepada Rasulullah
7. Rasa dpt Rahmat dari Allah
8. Syukur : 
Sebut Alhamdulillah , pelihara dan buat ibadat adalah tanda kita bersyukur

9. Tetapi janji

10. Sabar
  • Dlm buat amalan
  • Utk tinggalkn maksiat
  • Dlm menerima ujian

11. Redha dengan Qada' dan qadar Allah.
Qadar blh berubah- dgn doa dan amalan

12. Tawakal - berserah diri kpd Allah.
Kalu apa yg Allah bg, itulah yg terbaik.
Tanda hati beriman

13. Rahmat dan syafakat ( hati yg baik) pengiikat kasih sayang
Sbb org buat kerosakkan, tak pernah rasa semua ni adalah Rahmat Allah

14. Tawaduq atau malu
15. Takabbur dan ujub( heran)
Jgn rasa dunia ni kita punya.

16. Tiada perasan dengki. Dengki sifat dari Iblis
17.  Buang sifat marah.
Cara tenangkan diri jika marah:
  • Kena istiqfar, 
  • Jika tengah berdiri, duduk
  • Jika tengah duduk , baring
  • cepat ambil wuduk

18. Niat nak menipu pun tidak ada
19. Tiada sifat pendendam


Monday, October 14, 2013

Antara sebab berlaku pergaduhan dan pertelingkahan


Dikongsi oleh Utz Rashidy Jamil
Antara sebab berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan sesama kita akan dijelaskan dibawah adalah mengikut ahli psikologi arab.

Pertama:
Sebab tidak kenal . Jika kita dah mengenali seseorang itu, kita boleh bertolak ansur jika ada sikit perkara yang kurang menyenang hati kita. Malah bila kita dah kenal org itu, kita mungkin dah tahu perangai dia, jadi kita faham kelakuan dia yang sebenar.

Kedua: 
Sebab lapar. Kita mudah marah bila perut kita lapar. Jadi janganlah sesekali cuba buat hal dengan orang yg lapar. Jika kita perlu juga, bagilah makan dia dulu. Cth: bila suami balik lewat malam, jgn terus tanya dia 1001 soalan. Sebaliknya, hidangkan makanan dulu. Bagi dia makan sampai kenyang. Lepas tu baru buat edisi siasat. 

Ketiga:
Kurang ilmu. Ni sangat penting. Bila seseorang tu ada ilmu yang cukup dia dapat buta pertimbangan yg sewajarnya...walaupun dia sedang lapar dan tidak mengenali org itu. Ilmu penting untuk kita membuat sesuatu keputusan yang penting dalam masa yang singkat. 

Moral
Kita hendaklah mengawal emosi kita dengan baik. Ilmu adalah perkara yang penting dalam hal ini, terutama ilmu agama. Bacalah buku tasauf oleh ulamak hebat, InsyaAllah kita juga dapat berkongsi ilmu macam mana utk mengawal diri kita dalam setiap keadaan terutama ketika marah. Banyakkan zikir dan membaca quran juga satu terapi untuk mengawal diri supaya jadi lebih tenang. Semoga perkongsian ni dapat memberi sedikit ilmu kepada anda semua. waallahualam. 

Monday, August 19, 2013

Ikhlas dan bersedia


Kes 1
Kita sbg bos, tetiba staff mai bgtau yg dia dah buat semua yg kita arahkn cuma ada 2-3 benda yg amat mustahak ja dia blm buat. Kata dia, benda tu dia cuma akan buat bila hati dia benar2 ikhlas dan bersedia...tapi tak tau bila lg...apa perasan anda sbg bos.

Kes 2
Kita sbg hamba Allah lak, bgtau yg semua suruhan Allah kita dah buat. Cuma solat dan tutup aurat ja blm lg. nanti bila hati betul betul ikhlas dan bersedia baru kita buat...agak2 apa pandangan Allah kpd kita.

Waallahualam.

Wednesday, May 29, 2013

Israq Mikraj bhg ke 2

Buku yg ringkas dan mendedahkan banyak benda baru pasai Isra' Mikraj


Ni adalah sambungan kepada post yang pertama bertajuk Israq Mikraj.
di kesempatan ni saya ingin membuat rumusan tentang nabi- nabi yang Rasulullah jumpa di setiap lapisan langit:

Langit Pertama - Nabi Adam
Langit Kedua - Nabi Isa & Yahya
Langit Ketiga - Nabi Yusuf
Langit Keempat - Nabi Idris
Langit Kelima - Nabi Harun
Langit Keenam - Nabi Musa
Langit Ketujuh - Nabi Ibrahim

Sunday, May 19, 2013

The Political Economy of GST

Dari satu segi, cukai GST adalah adil dalam ertikata siapa guna, dia bayar cukai. Ini akan menguntungkan negara-negara yang saiz sektor ekonomi tidak fomalnya besar (sektor ekonomi tidak formal – mereka yang menjalankan aktiviti ekonomi tetapi tidak berdaftar dan tidak membayar cukai pendapatan – contohnya penjaja pasar malam dan mereka yang menjalankan aktiviti haram seperti menjual barangan tiruan). Demikian juga dengan kebanjiran pendatang asing yang rata-ratanya terlibat dalam pekerjaan kolar biru yang tidak dikenakan cukai pendapatan. Tetapi golongan ini bukan sekadar membeli untuk kegunaan sendiri malah untuk dikirim balik ke negara asal khususnya barangan yang disubsidi seperti gula dan minyak.
Bagaimanapun, yang agak membimbangkan adalah kajian setakat ini menunjukkan pelaksanaan cukai berasaskan penggunaan ini cenderung untuk mengarahkan kepada keadaan di mana golongan yang berpendapatan rendah akan menanggung beban cukai yang lebih tinggi. Bird (2005) menyatakan tidak kira apa kaedah pengiraan yang digunakan, cukai penggunaan secara umumnya bersifat regresif. Ini tidaklah menghairankan disebabkan golongan berpendapatan rendah membelanjakan bahagian pendapatan yang lebih tinggi untuk penggunaan. Dengan kadar cukai yang sama untuk semua, golongan berpendapatan rendah akan menanggung beban yang lebih besar.
Seperkara lagi, kata pengkaji Desai dan Hines (2002), GST tidak semestinya mampu menjana hasil kepada kerajaan sebagaimana diingini. Ia bergantung kepada setakat mana cekapnya pelaksanaan GST. Kajian ke atas negara yang telah menjalankan GST menunjukkan kemampuan GST untuk menjana hasil kepada kerajaan bergantung kepada factor seperti pendapatan per kapita. Lebih tinggi GDP per kapita, semakin berjaya GST. Atau dalam bahasa mudah, GST lebih sesuai untuk negara yang pendapatan penduduknya tinggi.
Mc Carten (2005) dan Aizenman dan Jinjarak (2005) pula mendapati keberkesanan GST bergantung kepada keadaan rasuah dan korupsi dalam sesebuah negara. Kalau negara menghadapi masalah rasuah dan sektor swasta mempunyai pengaruh yang besar dalam kerajaan, maka keberkesanan GST sebagai sumber hasil kerajaan sukar untuk dicapai.
Bird (2005) juga membangkitkan isu yang sama. Jelas Bird, masalah kegagalan cukai penggunaan di negara sedang membangun ini adalah lebih kepada pelaksanaannya. Biasanya, struktur cukai sendiri dipenuhi dengan keistimewaan dan pengecualian kepada golongan tertentu yang menyebabkan akhirnya hasil yang dijana adalah minimum. Atas kertas nampak macam bagus la. Kajian beliau juga mendapati di negara sedang membangun, system audit tidak telus dan tertakluk kepada masalah korupsi. Golongan yang berpengaruh kerapkali mendapat kemaafan atas cukai yang tidak dibayar. Akhirnya, golongan yang terbeban adalah mereka yang tidak mampu melarikan diri daripada cukai – orang awam yang tidak mempunyai pengaruh.
Jelasnya dalam banyak hal, menurut kajian, kegagalan cukai berasaskan penggunaan bukan disebabkan oleh masalah “design”. Design semuanya cantik dah. Tapi masalahnya pelaksanaan. Satu masalah dari segi kemampuan untuk menyediakan jentera pelaksanaan yang benar-benar berkesan – misalnya kutip cukai dan pulangkan rebate cukai dengan cepat. Keduanya, bila disulam dengan rasuah dan korupsi, ditambah dengan pertimbangan kroni, dah tentu apa pun takkan menjadi. Campur tolak, kata kajian – selalunya cukai berasaskan penggunaan di negara sedang membangun, selalunya tidak berupaya membawa kesan yang baik sama ada dari aspek hasil ataupun lain-lain.

Thursday, September 6, 2012

Kambing bakar paling mudah

dah tersedia utk makan
Hari ni terpanggil untuk kongsi resepi kambing bakar yg saya buat diambil dari channel TLC.
Nak buat grill lamb ni senang saja. Rasanya sama macam kita makan di restoran yg mahal.

Bahan yg diperlukan
1. Lamb loin atau rack. Lamb rack lebih sedap, lembut dan kurang lemak.
2. Sebuk BBQ - blh dapatkn di kedai yg jual daging
3. Gula perang


lamb rack yg dah dilumuq


 Langkah - langkah nak buat:
1. Lumurkan serbuk BBQ
2. Letakkan gula perang
3. Balut the aluminium foil
4. Masukkan dalm oven: setting ikut oven. masak selama 90 minit
5. Keluarkan dari oven, buangkan aluminium foil
6. masukkan dlm oven untuk 5 min - untuk bagi gula perang tu cair.
7. sedia untuk di makan 

Selamat mencuba

kambing yg dah dilumur dgn serbuk bbq dan gula perang

balut dengan aluminium foil


oven saya punya setting

masak selama 90 minit





lepas dibakar

lamb loin





Wednesday, September 5, 2012

Kemas rumah



dah lama tak update blog ni...ha ha ha.
rasa rugi lak tak update. InsyaAllah saya berazam utk teruskan menulis di blog saya ni. sbb ni blog saya...ha ha ha...bukan dapat duit pung.
Minggu lepas agak sibuk dgn rumah terbuka, kenduri kawin, zaujah buat minor sergeri la. Kesian my zaujah, moga dia cepat sembuh. Dan Alhamdulillah keputusan dari lab semuanya ok.
Tapi yang paling best, minggu lepas kami sekeluarga mengemas rumah. Ruang kat bawah dah jadi mini library kami. Best. Terima kasih kepada Harriz dan Ezham yg menolong angkat puluhan buku daddy dan mummy.


Hasilnya - superb. Moga ada rezeki lebih kami blh beli rack buku tambahan. Dan dpt menanam sifat suka membaca kepada anak-anak kami. Ameen.

Thursday, May 31, 2012

Sumbangan untuk Perak Care

Salam,

semalam Utz Fahrur Razi berkunjung ke Surau Al Madaniah USJ 18 dan ingin memohon derma utk Perak Care.
Antara projek mereka:
1. membantu mangsa banjir
2. menghantar bantuan kpd penduduk pendalaman
3. dakwah Islam

mereka memerlukan dana untuk bergerak, antara lain utk:
1. membeli 4X4
2. bot serta engine - anggaran RM5K

Jika anda berminat blh bank in duit ke akaun Maybank spt berikut:
No Acct: 5580 1500 1720
Nama: Perak Care

Sumbangn blh dlm bentuk:
1. sekaligus
2. Standing Instruction 

Setelah bank in duit sila maklumkan kpd Utz Fahrur Razi, hp 019 2316 539.

Resit untuk zakat juga boleh diberikan

sekain, terima kasih.


--
Saiful Ezuan Jamil

Thursday, March 8, 2012

8 Golongan Untuk Membina Ummah



Pada minggu ini penulis berpeluang bermesyuarat dengan Utz Muhammad Abdullah serta Utz Rushdi Ramlee. Maka ada beberapa isu di perbincangkan. Antara yang menarik ialah 8 golongan yang di perlukan untuk membina sesuatu ummah agar kembali kepada kegemilangan Islam. Maka dibawah ni adalah perkongsian Utz Muhammad serta di kuatkan lg dari artikel dalam internet.
1. Pemimpin yang bijaksana.
Sesebuah Ummah Islamiah ditunggak oleh para pemimpin yang bijaksana.. Setinggi-tinggi kebijaksanaan ialah apabila ia di pimpin oleh Allah s.w.t. Ini kerana segala tindakkannya di bantu oleh Allah s.w.t dan amat sukar di ramal oleh musuh-musuhnya. Oleh itu kebijaksanaan pemimpin di dalam takrifan Islam adalah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah s.w.t . Firman Allah s.w.t
وَاتَّقُوْا اللهَ وَيُعَلِّمُكُمُ الله
“Bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan mengajar kamu”
Pemimpin yang bertaqwa akan dipimpin Allah s.w.t dan sebab itulah, para musuh Islam cukup takut kepada lahirnya pemimpin yang bertaqwa ini. Sabda Rasullullahإِتَّقُوْا فِرَاسَةَ الْمُؤْمِن فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُوْرِ اللهِ <
“Takutlah kamu akan firasat orang-orang yang beriman kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya (pimpinan) Allah s.w.t”
Bagi barat pemimpin yang bijaksana ini hanya gabungan cerdik dan pandai dengan mengetepikan unsur-unsur ketaqwaan. Ini kerana sistem pendidikan mereka sendiri telah dipisahkan daripada agama.
2. Ilmu para Ulama.
Ummah Islamiah juga didokongi oleh keilmuan para ulamanya yang sentiasa menasihati dan menyampaikan ajaran agama ini. Jika zaman dahulu, para Ulama juga terlibat dengan ilmu kemanusiaan seperti Ibnu Sina, Matematik seperti al-Khawarizmi dan sebagainya. Mereka mencipta penemuan-penemuan dan teknologi baru. Ini membuatkan sesebuah Ummah Islamiah itu sentiasa terkehadapan daripada ummah yang lain.
Oleh itu komponen yang kedua ialah ilmu yang dicurahkan oleh para Ulama. Golongan ini perlulah sentiasa mengkaji, meneliti dan rajin menyelesaikan masalah umat.
Dengan ilmu yang ada pada mereka, sesebuah ummah itu dapat dibangunkan. Mereka ialah pemikir-pemikir yang membantu para pemimpin menyelesaikan masalah.
3. Peluh para amilin (pekerja).
Ummah Islamiah juga didokongi oleh peluh para amilinnya yang sentiasa membangunkan bidang-bidang Fardhu Kifayah dan bidang-bidang kehidupan yang ada di dalam Islam. Ini membuatkan tamaddun Islam itu sentiasa hidup dan terkehadapan dan tiada berlaku kekosongan bidang di dalam Islam.
Semua bidang-bindang kehidupan ada pejuang dan pembangunnya.Golongan ini adalah golongan yang sentiasa berkerja dan berusaha tanpa jemu dan kecewa. Mereka bekerjasama di antara satu sama lain. Hasil daripada sumbangan mereka yang bersungguh-sungguh ini, maka terciptalah tamaddun islam yang amat tinggi itu
4. Darah para syuhada’.
Para mujahid yang mempertahankan Islam dengan berani dan taqwa merupakan benteng yang kukuh di dalam Ummah Islamiah. Ini kerana para musuh Islam memang sentiasa berusaha menghapuskan Islam ini sama ada lahiriahnya maupun maknawiyahnya Golongan ini adalah golongan yang mempertahankan Islam apabila Islam di serang oleh musuh-musuhnya. Hasil daripada pengorbanan mereka inilah maka Islam itu dihormati dan tidak dipandang rendah oleh musuh-musuh yang bercita-cita ingin menguburkannya
5. Doa para solihin.
Golongan yang paling tidak nampak peranannya ialah golongan para solihin tetapi sumbangan mereka sebenarnya besar. Ini kerana doa mereka sangat-sangat diperlukan di dalam pembangunan sesebuah Ummah Islamiah. Golongan ini tidak ramai tetapi tautan mereka dengan sumber kemenangan iaitu Allah s.w.t sangat rapat.
Golongan ini terdiri daripada tuan-tuan guru, ahli-ahli tareqat, dan ahli-ahli sufi. Walaupun golongan ini nampak sedikit tetapi mereka salah satu daripada komponen sesebuah Ummah. Gabungan daripada usaha yang tersusun dan doa yang berterusan inilah sebuah ummah Islamiah dapat di bina.
6. Kehebatan para Daie (Pendakwah)
para pendakwah adalah orang yang sentiasa ke tengah masyarakat untuk mendidk mereka. Kehebatan para pendakwah hingga mereka pergi ke setiap ceruk dunia untuk membawa kalimah Allah ini. Mereka berjaya mengIslam Nusantara ini dengan perancangan yang hebat dan bantuan dari Allah.
Usaha mereka menyebabkan Islam sentiasa mempunyai pelapis di dalam perjuangannya.
7. Harta para Ashiya' (dermawan)
Dengan zakat dan infaq, maka para dermawan membangunkan masjid, madrasah, memenuhkan Baitul Mal untuk digunakan bagi membela umat Islam.
Golongan ini penting bagi menjadi nadi penggerak masyarakat. Mereka mengorbakankan harta mereka untuk wakaf, untuk aktiviti dakwah dan sebagainya.
8. Rahim wanita yang solehah
Peranan wanita amat penting di dalam membangunkan ummah. Ini kerana dari rahim wanita yang solehah inilah generasi yang hebat akan dapat dilahirkan.
Bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian akan dapat menggoncang dunia.
Oleh yang demikian, sejauh mana golongan ini dapat di satukan sejauh itulah Ummah Islamiah akan teguh. Dan jika longgar ikatan mereka, maka longgarlah ikatan kekuatan Ummah Islamiah. Oleh itu usaha untuk membentuk kesemua golongan di atas perlulah dibuat secara terancang dan bersungguh-sungguh.
Kesimpulannya
Setaip seorang dari kita ada kelebihan tersendiri. Maka gunalah segala kelebihan yang ada untuk kebaikkan ummah. Jangan kita hanya menunggu peluang untuk datang, carilah peluang untuk menyumbang kepada Islam. 
Dan di harap ada dikalangan kita yang dapat mengumpul 8 golongan di atas supaya dapat duduk dalam satu gagasan yang mampu merubah keadaan sekarang. Ammen.

Wednesday, December 21, 2011

Adakah Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia

Hayati video ini.

Dan ini

Malaysia has a gift to the world


dipetik dari http://www.nst.com.my/opinion/columnist/malaysia-has-a-gift-for-the-world-1.20080

We have many lessons to share on social cohesion

Shamsul Amri BaharuddinIN his speech at the United Nations General Assembly last year, Datuk Seri Najib Razak said, "Across all religions we have inadvertently allowed the ugly voices of the periphery to drown out the many voices of reason and common sense."
The prime minister called for a "Global Movement of the Moderates" (GMM) from all faiths "to combat and marginalise extremists who have held the world hostage with their bigotry and bias".
He cited the 'equilibrium' achieved in Malaysia as an example of what "leads to moderation or wasatiyyah in the Islamic tradition of mutual justice".
And at the East-West Centre, Hawaii last month, he announced the inaugural International Conference on the Global Movement of the Moderates which will take place in Kuala Lumpur from Jan 17 to 19, next year.
What has alarmed people and governments globally is when violent extremist behaviour is elevated, from behaviour of an individual, to that of a larger social movement or collective, mobilised on historical, religious, economic or political justification, that, in turn, costs the lives of hundreds and thousands of innocent people.
The return to moderateness is not only rational and logical but also an imperative.
The moot question is who is going to champion "moderateness", especially on the global stage, for what seems to be a logical, rational and common sense social behaviour at the individual level.
Our prime minister, and hence Malaysia, is now the champion and driver of a very significant niche in global politics. If adopted globally, Malaysia could re-define and transform the Non-Aligned Movement (NAM) and lead its new form, as the GMM.
It is a deceptively simple, rational and logical agenda for the largest of movements. However, undertaking this task involves a complex diplomatic manoeuvre and suave realpolitik.
It was supported at the 8th Asia-Europe Meeting in Brussels last year and in the Commonwealth Heads Of Government Meeting 2011 Final Communiqué this year, which committed to improve international security by taking a number of steps, one of which is "embracing moderation as an important value to overcome all forms of extremism, as called for in the 'Global Movement of the Moderates'".
But it is time to drop the use of the word wasatiyyah. However important the term is, politically, for the domestic audience, it does not make "advertising sense" for "moderate" to compete with wasatiyyah since the world has endorsed the English version.
Perhaps the "National Seminar on Understanding Wasatiyyah and 1Malaysia", a curtain-raiser for the Umno General Assembly last month, should be the last occasion wasatiyyah is used in connection with the promotion of GMM.
Whatever the "Islamic" political mileage lost or gained, the stark reality is that we need to stick to "moderate" because globally it is now known as GMM, not GWM.
The next step in the way forward to promote GMM is more critical. In short, GMM has to have substance.
The prime minister believes it is the "equilibrium" that exists within the Malaysian society "that leads to moderation or wasatiyyah".
His selected "thinkers" now have to elaborate the following: first, the concept "equilibrium"; second, the methods taken by the Malaysian government thus far to achieve it; third, the practical steps rolled out to build and sustain it; fourth, the exercise of monitoring, in the immediate-, short- and long-term, results of the practical steps towards achieving it; fifth, evaluating the success, failures and the unintended consequences; and finally, how to put all these in a comprehensive package useful, for instance, from the kindergarten to the university, as a procedure to be applied in all societies, globally.
And perhaps we also have to explain the origin and pre-condition of the state of moderateness that Malaysia has enjoyed thus far.
A state of "equilibrium" or "balance" in a society would only be achieved if sets of "opposites" or "contradictions" that exist within it have successfully been "realigned and arrived at a point of convergence", including agreeing to disagree.
In the plural, fragmented and diversified Malaysia that "equilibrium" has been brought about by a surprisingly unrecognised and intense on-going social process of realignment and convergence called "social cohesion", which, in turn, is the origin and pre-condition to the Malaysian state of "moderateness" that encouraged the PM to launch his GMM.
Perhaps we have been so engrossed in our pursuit of "national unity" that we have failed to recognise what we have actually achieved in the last four decades since the May 13, 1969 tragedy, that is, peace and stability in the form of "social cohesion" created by serious efforts rooted in genuine desire for that elusive national unity.
"Social cohesion" in Malaysia is about how the plural, fragmented and diverse components of our society, overwhelmed by opposites and contradictions, have been able, through a continuous process of negotiation, consensus and compromise at every level and section of the society, to rise above it all in a most mature manner, to embrace peace and reject any form of violence for long-term mutual survival.
The GMM promoted by our prime minister must showcase Malaysia's social cohesion, not only how we managed to bring it about through an endless series of "fire-fighting" efforts but also how we are capable to monitor and, to a certain extent, calibrate it through an early warning system constructed, as a pre-emptive and preventive strategy, on our own to suit our mould, with the possibility of being applied in other societies necessarily in a modified form.
Therefore, the GMM is more than just wasatiyyah for it is an integration of tireless top-down effort and imaginative bottom-up activism, of ideas, practices and commitment, by Malaysians for Malaysia and for the rest of the world to share.
This is the message, the concept and the package we must deliver at the inaugural conference of GMM in mid-January next year as a gift from Malaysia to the world.

Friday, December 2, 2011

30 Prinsip Wasatiyyah Qaradawi


Dikala ini pelbagai pihak sedang membicarakan tentang wasatiyyah. Apa itu wasatiyyah? Banyak yang menterjemahkan dari segi bahasa kepada keserdahanaan. Bila bertanya kepada seorang Utz, beliau memberi jawapan yang simple ja. Katanya wasatiyyah ini ialah apa yang Nabi Muhammad tunjukkan kepada kita. Memilih menjadi yang serdahana dalam semua bidang.Ya betui, memang Muhammad bin Abdullah adalah idola terbaik kita. Baginda seorang bapa,suami,pemimpin,imam,kawan,panglima perang,pendakwah serta pelbagai lagi.

Penulis juga tertarik dengan prinsip wasatiyyah yang di gariskan oleh Yusof Al -Qarawadi. di sini adalah prinsip-prinsip tersebut:

Di petik dari tulisan 

http://madrasahwasatiyah.blogspot.com

Istimewanya manhaj atau aliran yang menyeru kepada Wasatiyyah dan Pembaharuan Islam ini dengan penumpuan terhadap sejumlah prinsip, tanda, atau kaedah pemikiran dalam memahami Islam dan penyampaian
 usulnya serta kefahamannya. Prinsip-prinsip ini menjadi petanda kepada Wasatiyyah & Pembaharuan Islam begitu juga sebaliknya apabila disebutkan Wasatiyyah dan Pembaharuan Islam maka terbayanglah 30 prinsip ini. Ialah yang merupakan menara lampu yang menunjuk jalannya, menerangkan fikrahnya, menjelaskan matlamatnya, menggariskan metodnya, dan menentukan kefahamannya. Ia digarap menjadi projek umat sejagat oleh golongan ulama dan menjadi tanggungjawab di atas pundak setiap umat bagi menjayakannya. Inilah 30 Gagasan & Prinsip Wasatiyyah & Pembaharuan Islam.

  1. Ilmu yang mendalam dan kefahaman yang menyeluruh serta seimbang tentang Islam; sekira-kira jelas dua aspek utama: Pertama: Menyeluruh dan melengkapi. Atas dasar Islam merupakan Akidah & Syariah, Ilmu & Amal, Ibadah & Muamalat, Tsaqafah & Akhlak, Hak & Kekuatan, Dakwah & Negara, Agama & Dunia, Tamadun & Umat. Aspek kedua: Gandingan yang seimbang antara dua perkara yang tampak bertentangan tapi menjadi keperluan, seperti Rohani & Material, Ketuhanan & Kemanusiaan, Pemikiran dan Perasaan, Idealistik & Realistik, dan antara Individualisma & Sosialisma.
  2. Keimanan bahawa Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabi yang sahih sebagai rujukan tertinggi dalam pensyariatan undang-undang dan membimbing halatuju kehidupan secara Islamik; dengan mengambil kira kepentingan memahami nas-nas Al-Quran dan Sunnah yang terperinci ataupun bersifat juz’iy dalam kerangka maqasid atau objektif syari’at yang bersifat kully.
  3. Mengasaskan aqidah di atas keimanan kepada Allah serta Hari Akhirat, juga di atas Tauhid yang suci lagi tulen: tauhid Rububiyyah, Ilahiyyah, Hakimiyyah. Maka dengan itu manusia bebas daripada perhambaan sesama manusia dan perhambaan terhadap apa saja selain Allah. Ini juga menuntut keimanan bahawa Muhammad sebagai utusan Allah yang diutus dengan membawa risalah terakhir sedunia yang berkekalan dan dengannya Allah mengakhiri rantaian para Nabi-Nya.
  4. Mendekatkan diri hanya kepada Allah semata-mata dengan ibadat yang Dia syariatkan.Memberikan penumpuan terhadap ibadat kepada Allah kerana ia merupakan matlamat penciptaan manusia. Ibadat ini merangkumi ibadat utama yang menjadi syiar agama iaitu Solat, Puasa, Zakat dan Haji seterusnya lagi seperti zikir, doa, istighfar. Selain itu hendaklah memberi penekanan terhadap Ibadat batin seperti niat yang jujur, ikhlas kepada Allah, takutkan Allah dan sebagainya. Ia merupakan asas kepada tasawuf hakiki yang berdiri di atas konsep ‘Jujur dengan Allah, Berakhlak dengan makhluk’.
  5. Penyucian jiwa dan melawan hawa nafsu supaya ia dihias dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia yang diambil berat oleh Islam, sama ada akhlak individu ataupun bersifat masyarakat. Ini difahami dengan menolak pendirian mereka yang menganggap ibadat-ibadat syiar dan amalan ritual ialah segalanya, dan menolak juga pendirian mereka yang mengirakan akhlak dan dalaman merupakan segalanya tanpa perlu ibadat anggota luaran.
  6. Penegasan kewajiban berdakwah dan seruan kepada Allah, amar ma’ruf nahy munkar, nasihat-menasihati dalam agama, berpesan-pesanan dan saling mengingatkan akan kebenaran dan kesabaran.
  7. Meneguhkan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan; seperti: Keadilan, Syura, Kebebasan, Kemuliaan dan Hak Asasi Manusia.
  8. Menghormati akal disamping wahyu. Menyeru kepada penggunaan akal untuk meneliti dan berfikir. Membentuk minda akademik. Memerangi jumud dan ikutan membabi buta terhadap warisan nenek moyang, tuan, orang besar atau orang awam. Menafikan percanggahan antara wahyu yang benar dengan akal yang jelas.
  9. Memperbaharui agama dari dalam. Ini dengan memperbaharui kefahaman terhadap agama, memperbaharui keimanan terhadapnya, memperbaharui amal dengannya, memperbaharui seruan kepadanya. Tidak dapat tidak mestilah dengan menghidupkan semula konsep ijtihad yang merupakan nyawa kepada Syariah, dengan syarat ijtihad hendaklah daripada ahlinya dan pada tempatnya.
  10. Seruan kepada Fiqh yang baharu: kefahaman terhadap alam semesta dan kefahaman dalam agama. Ini merangkumi beberapa jenis Fiqh yang dikehendaki: Fiqh Sunnah Alam, Fiqh Maqasid Syariat, Fiqh Ma’alat, Fiqh Muwazanat, Fiqh Aulawiyyat, Fiqh Ikhtilaf, Fiqh Tamadun, Fiqh Perubahan, Fiqh Realiti.
  11. Menginsafi wanita dan bertindak adil terhadap mereka, memuliakan mereka, menjaga fitrah mereka, melalui penegasan terhadap ajaran Islam seperti memberikan wanita hak-hak, kedudukan dan nilai mereka. Ia juga direalisasikan dengan membebaskan mereka daripada dogma-dogma zaman gelap/mundur Islam dan juga keserakahan serangan tamadun barat yang mengeluarkan wanita daripada fitrah mereka serta tidak pula meraikan kewanitaan.
  12. Menitikberatkan hal kekeluargaan sebagai unit asas masyarakat dan tiang seri kepada masyarakat sejahtera dengan menjaga hak-hak setiap pasangan suami isteri. Tidak menggalakkan perceraian kecuali dalam keadaan sudah pasti tidak dapat hidup bersama. Keharusan poligami dengan syarat-syarat dan etika-etikanya, tanpa meluaskan mahupun meniadakan. Meluaskan lingkungan keluarga agar merangkumi ‘Asobah dan kerabat dekat.
  13. Membentuk masyarakat yang baik dan saling bantu-membantu. Masyarakat yang berdiri di atas persaudaraan, konsep bantu-membantu, berkasih sayang antara anggotanya. Orang kaya membantu orang miskin, orang kuat membantu orang lemah. Masing-masing saling menghulurkan sumbangan, memangkin sesama mereka.
  14. Percaya dengan kewujudan Umat Islam, mesejnya, keabadiaannya hingga Hari Kiamat. Memberi kesetiaan kepada Umat Islam. Beriman pula dengan kewajiban kesatuan Umat berdasarkan persaudaraan iman antara individunya walaupun berbeza aliran dan mazhab. Mengirakan golongan yang berlainan dan pelbagai semuanya termasuk di dalam Umat yang satu selagi mana mereka Solat mengadap Kiblat, beriman dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi.
  15. Membina negara yang adil pembawa dakwah Islam. Negara yang menggerakkan Umat kepada kebenaran dan kebaikan, menegakkan keadilan Allah di atas muka bumi, berpegang kepada hukum yang diturunkan Allah daripada Al-Kitab dan Al-Mizan, menghormati hak rakyat dalam memilih pemerintah, tanpa pemalsuan/penipuan kehendak rakyat, ataupun memaksakan pemimpin ke atas mereka sekalipun mereka tidak suka. Rakyat boleh menyoal dan muhasabah pemerintah. Rakyat boleh mengenepikan mereka dengan aman sekiranya perlu.
  16. Menghindari tafsiq, takfir/mengkafirkan muslim seboleh mungkin, apatah lagi yang disebabkan takwilan tersendiri. Berbaik sangka dengan setiap mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, solat mengadap Kiblat dan tidak terbit daripadanya apa yang membatalkan Islam dengan yakin. Asasnya seorang muslim dilihat baik sebolehnya.
  17. Menguatkan ekonomi Umat berdasarkan ilmu dan pengalaman, iman dan akhlak serta berusaha supaya ia saling melengkapi antara sendiri. Ekonomi ini dibina atas Fiqh Syariah dan Objektifnya(maqasid). Usaha secara praktikal bagi mengasaskan sistem Ekonomi Islam yang tersendiri, berlainan dengan ekonomi kapitalis dan komunis.
  18. Percaya dengan mesti dan pastinya kepelbagaian, taaruf dan toleransi antara bangsa dan masyarakat. Yakin bahawa kemanusian adalah satu keluarga besar. Pentingnya saling hidup bersama dan hubungan antara tamadun, percantuman pengetahuan, interaksi antara satu sama lain, adaptasi daripada antara semuanya, tanpa segan mengerdil dan sombong bongkak.
  19. Membina tamadun ilmu dan iman. Tamadun yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan, terbina di atas akhlak, dan bersifat universal. Menghimpunkan antara ilmu dan iman, rohani dan fizikal, menseimbangkan antara akal dan hati, menyambungkan bumi dengan langit. Membina keseimbangan dan keadilan antara individu dan masyarakat. Meninggikan kebenaran ke atas kekuatan.
  20. Menaik taraf seni-seni dan menggunakannya bagi tujuan risalah Islam; Ruh seni ialah menjiwai keindahan dan meluahkannya dengan cara yang indah. Islam menyuburkan perasaan ini di dalam jiwa muslim. Seorang Muslim diajar supaya meneliti keindahan alam semesta serta diri manusia sendiri; atas perkiraan bahawa ia merupakan ciptaan Allah yang halus rekaannya dan amat teliti. Islam mengalu-alukan seni yang tinggi nilainya sama ada seni berasaskan pendengaran, penglihatan dan buatan. Seni ini digarap oleh Islam untuk tujuan kebenaran dan kebaikan, dijauhkan daripada menjadi alat membangkitkan nafsu shahwat yang murahan.
  21. Memakmurkan bumi; dengan merealisasikan pembangunan dan menjaga persekiran. Saling membantu dalam setiap perkara yang memudahkan manusia dan perkara yang menyebarkan keindahan dalam kehidupan. Semua ini dianggap sebagai ibadah dan jihad di jalan Allah.
  22. Berdamai dengan mereka yang mahukan perdamaian dan jihad berperang dengan mereka yang melampau dan menindas. Menyedarkan umat bahawa Jihad difardhukan ke atasnya secara kewajipan fardhu ain bagi membebaskan tanahnya daripada penguasa asing yang mencengkam. Berusaha menghimpunkan segenap kekuatan umat, semua kelompok dan gerakan yang beramal ke arah memenangkan Islam, membangkitkan umatnya dalam satu barisan dan berdepan matlamat yang satu.
  23. Mengambil berat tentang minoriti Islam seluruh dunia atas perkiraan bahawa mereka juga merupakan sebahagian daripada umat Islam. Umat seluruhnya hendaklah membantu mereka hidup dengan Islam dalam kelompok masyarakat-masyarakat mereka sebagai unsur positif dan aktif. Hendaklah disediakan bagi mereka praktikal Fiqh yang khusus. Syiar mereka hendaklah: Istiqamah beragama tanpa tertutup, harmoni bermasyarakat tanpa larut.
  24. Mengambil berat terhadap minoriti agama lain di dalam masyarakat Islam. Berinteraksi dengan mereka sebagaimana diwajibkan oleh Islam bagi hak-hak mereka seperti kebebasan kepercayaan dan mengamalkan agama. Memastikan hak warganegara sebagai “ahli Negara Islam”. Mengikut prinsip ini, mereka merupakan warganegara sebagaimana kita, bagi mereka hak seperti kita, dan atas mereka kewajipan seperti atas kita, kecuali apa yang berkaitan tuntutan perbezaan keagamaan.
  25. Menggunakan manhaj [taisir/takhfif] memudahkan dan memberi keringanan dalam fatwa, dan [tabsyir] membawa unsur menarik dalam dakwah. Jikalau mahukan kemestian ketat dalam fiqh dan fatwa maka hendak ia pada perkara teras atau prinsip bukan pada persoalan cabang dan ranting. Peringanan dan kemudahan yang dituntut di sini bukanlah bermaksud: mewajarkan situasi yang berlaku atau mewajarkan meniru barat atau menurut kehendak pemerintah. Begitu juga dalam dakwah, hendaklah secara tabsyir menggunakan unsur penarik, bukannya menakutkan dan menghambat orang menyebabkan mereka lari menjauh. Dakwah menyeru orang Islam secara hikmah dan nasihat yang baik. Menyeru mereka yang kontra menggunakan dialog dengan jalan yang terbaik. Ini semua dibuat dengan meraikan ruh zaman moden dan kaedah semasa.
  26. Meraikan sunnah berperingkat dan segala sunnah Allah. Berperingkat secara hikmah di dalam dakwah, pendidikan, fatwa, perubahan. Tidak tergesa-gesa berbuat sesuatu sebelum waktunya, memetik buah sebelum masak. Beserta kewajipan meraikan sunnah Allah dalam alam dan masyarakat. Sesiapa yang meraikan sunnah alam maka dia akan diraikan, sesiapa yang tidak mengikut sunnah alam maka dia akan tersia.
  27. Mengimbang antara perkara statik dalam syariat dan aspek semasa yang berubah-ubah; [tsawabit vs mutaghaiyyirat] dengan mengambil kira kepentingan statik dalam tujuan dan matlamat, prinsip dan kaedah umum, dan pentingnya dinamik, anjal dan fleksibel sekaligus maju di dalam wasilah dan mekanisma, perkara-perkara cabang dan juzuk kecil. Mengelakkan bahaya merubah-ubah perkara statik dan menjumudkan perkara yang boleh berubah-ubah
  28. Meletakkan tuntutan-tuntutan syara’ [taklif] pada peringkat-peringkatnya dan martabatnya yang betul. Bermula dengan kefahaman jelas terhadap tuntutan-tuntutan tersebut secara seimbang dan menempatkan setiap tuntutan sesuai kedudukannya mengikut apa yang dibawakan oleh nas-nas yang muhkam, dan maqasid yang umum. Maka tidak boleh diawalkan apa yang sepatutnya diakhirkan atau dikemudiankan dan begitulah sebaliknya. Inilah yang kita namakan “Fiqh Aulawiyat”.
  29. Pentingnya reformasi menyeluruh dan perubahan yang mengakar umbi. Pembaikan yang tidak sekadar kosmetik, tidak pula hanya setakat luaran tanpa perubahan dalaman. Tidak menjadi Islah sebenar kecuali dengan kehendak kita sendiri dan tangan-tangan kita sendiri bukan yang dipaksakan orang lain ke atas kita. Permulaan segala islah dengan reformasi sistem-sistem politik diktator. Asas segala perubahan ialah merubah manusia dari dalamannya.
  30. Memanfaatkan warisan ‘turats” kita yang cukup kaya yang termasuk segala bidang ilmu, seni-seni dan sastera-sastera. Dengan menekankan bahawa warisan ‘turats” ini tidak lari dari kesilapan dan cacat cela. Ia tidaklah maksum. Masih boleh dikritik dan disemak semula, dibincangkan untuk ditapis; diambil atau diketepikan. Akan tetapi umat secara keseluruhannya tidak akan bersepakat atas kesesatan atau kebatilan. Selain itu wajib bagi kita menghidupkan semula warisan “turats” ini dan menjaganya dengan teknik dan mekanisma moden. Kita hendaklah juga memilih perkara yang bagus dan sesuai untuk disebarumumkan kepada khalayak umat sementara unsur-unsur yang sebaliknya dibiarkan kepada para pakar mengkajinya.
Ini adalah sesuatu asas yang baik untuk kita mulakan konsep wasatiyyah ini sebelum kita boleh bentukkan sesuai dengan masyarakat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...