Tuesday, April 26, 2011

on


Pada minggu lepas saya terpaksa mengikuti kursus selama seminggu. Agak boring. Terpaksa merempuh jalan jem hingga ke Mid Valley. Pergi dan balik. Nasib baik ada wifey dok sebelah. Kalu tak amatlah boring sekali. Memang jem ini menguji kesabaran saya. Habis.
Apa yang menarik saya dan beberapa kawan muslim berbincang mengenai perbankkan Islam. Masing masing berhujah dengan hujah sendiri. Semua nak menang. 
Bagi saya analoginya sungguh mudah. Teringat kata-kata seorang Utz...lupa sapa nama dia. Dia kata, sama tak rasa bila makan ayam yang sembelih berbanding ayam yang tidak sembelih. Entah. Kita yang ilmu tak seberapa ini tentulah tak dapat beza. Sudah pasti rasanya sama.


Ok. Sambung Utz itu lagi, sekarang kita pergi pasar dan kita jumpa ada dua gerai jual ayam.
1. Ayam yang disembelih dgn nama Allah- harganya RM6 / kilo
2. Ayam yang tak disembelih - harganya RM5 / kilo 


Soalannya: yang mana satu anda akan beli?
A. adakah anda akan beli yang murah RM5/kilo. Murah walaupun tidak halal.
B. anda sanggup beli RM6/ kilo sebab ianya halal.


Tepuk dada tanya iman masing masing. Itulah analogi yang paling mudah bagi saya, hamba yang jahil ini. Namum ada juga kata analogi ini tak boleh terima. Ayam lain dengan sistem perbankkan Islam.
Namun, persoalannya kenapa tak sama? Sekarang kita ada pilihan, kenalah pilih yang Islamik berbanding dengan sistem kapitalis.


wasalam

1 comments:

  1. Bagus analogi Utz tu.

    Biar tiada keraguan dalam hal halal/haram bkn setakat makanan sahaja tapi meliputi perkara2 lain

    ReplyDelete