Saturday, April 23, 2011

on


Mesti ramai yang suka tajuk ni. Lagi ramai yang tak suka. Tertarik dengan kuliah Utz Rashidy mengenai poligami. Beliau mengupas isu poligami menurut Islam dan Kristian. Mari kita lihat firman Allah dalam Al Quran dam surah An Nisa' :3, yang bermaksud :
"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."


Ayat diatas secara jelas menjelaskan bahawa Islam membenarkan poligami secara terhad. Maksudnya pada sesuatu masa lelaki hanya boleh ada 4 orang isteri.


Kenapa perlu poligami?
Hanya Allah yang tahu hikmahnya. Saya cuma ingin mengulas beberapa faktor yang boleh kita lihat dari mata kasar saja:
1. Jumlah perempuan lebih ramai dari pada lelaki. Di kebanyakkan tempat perkara ini jelas terlihat. 
2. Malah lelaki yang ada terlibat dgn pelbagai activiti yg kurang sihat seperti:

  • ramai yang tinggal di penjara
  • ramai juga yg terlibat dgh gelaja dadah.
  • tinggal di pusat pemulihan dadah
  • mati berlumba haram & merempit di jalan raya
  • malah ada juga yang "gay"
3. Di samping itu, secara normalnya. Kaum wanita ni memiliki umur yang panjang berbanding lelaki. Maksudnya, lelaki cepat mati. Jadi makin banyaklah pula yang menjadi janda.


Jadi Islam membenarkan poligami ini bukan kepada untuk memenuhi nafsu saja. Ia juga untuk kesejahteraan ummah. 


Cemburu
Ini adalah sifat semulajadi manusia. Terutama kaum hawa. Sedangkan isteri-isteri Rasullulah SAW pun cemburu di antara mereka. Jadi memang sudah pasti perkara ini juga akan berlaku pada isteri-isteri orang lain.


Takut
Saya dapat pecahkan takut ini kepada dua faktor yang menyebabkan lelaki kini takut untuk berpoligami. Penjelasan seperti di bawah:


1. Takut kepada isteri
Hampir semua lelaki yang normal mempunyai niat untuk tambah cawangan. Namun takut untuk memberitahu isteri yang pertama. 


2. Takut tidak berlaku adil
Seperti ayat diatas, Allah berpesan jika bimbang tak mampu berlaku adil maka cukuplah hanya seorang isteri.


Nota penting.
1. Rasullulah hanya berpoligami selepas isteri pertama baginda, Khatijah meninggal dunia.
2. Rasullulah juga berpoligami selepas 25 tahun berkahwin.


Kesimpulannya tepuk dada tanya iman. Saya pun sentiasa berniat untuk kahwin lagi. Cuma takut tidak mampu berlaku adil. InsyaAllah jika Allah izinkan saya juga ingin berpoligami. Isteri saya , Roza memang dah tau. Hampir setiap hari saya meminta izin beliau. Wasalam.



0 comments:

Post a Comment