Lapang sasar dari jarak 200 meter
Lapang sasar dari jarak 100 meter
Pada tanggal 27 Mac 2011, kami berpeluang menyertai pertandingan menembak anjuran Rejimen Semboyan DiRaja di Kem Mentakab, Pahang. Kami bertolak dari Surau Al Madaniah jam 5am dan tiba di Mentakab 2 jam kemudian. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 160km saja.
Sebenarnya dari malam itu saya susah untuk tidur. Exited nak menembak. Kali terakhir pegang senapang M16 tahun 1988/89 masa menyertai pasukan kadet askar di sekolah. Semasa Hj Hilmi menjemput saya menyertai beliau dan rakan-rakan ke Kem Mentakab, terasa sangat teruja. Takut pun ada. Bercampur-campur. Sama macam putera-puteraku bila nak pi rombongan sekolah atau menyertai pertandingan bola. Rasa macam budak-budak pulak.
Hj Wan- antara pemembak tepat. Don't play play
Hj Hilmi - Pemembak Terbaik untuk M16 dan pistol
Penulis dengan "penjaga", berlatar belakang target
Gaya tersendiri...keunggulan
Gambar bersama
Kami menyertai pertandingan menembak menggunakan senapang M16 dan pistol terkini milik ATM (tak ingat nama). Ada acara perseorangan dan berkumpulan. Setiba saja di kem, kami di beri peluang untuk berlatih menggunakan M16. Boleh beli peluru sendiri. Satu peluru berharga 30 sen. Saya pada mulanya malu-malu. Beli 30 biji saja. Bila dah syok, tambah lagi 20 biji. Itu pun masih malu. Kalu ikut hati mau saja beli 18 ratus lagi. Tapi masa terhad, cuma 30 minit saja. InsyaAllah, kalu di beri peluang lagi, kita beli banyak lagi.
Rupanya untuk jadi penembak tepat tidaklah susah. Yang penting kena belajar teknik menembak yang betul. Dan cikgu pun mestilah hebat. Terima kasih pada cikguku pada hari tersebut, Kolonel Ir Hilmi dan Majer Ir Hj Wan.
Apa macam, ada gaya sniper tak?
Semua balik dengan hati yang senang serta hadiah yang banyak.
Diharap, jika ada peluang lagi. Hj Hilmi dapat jemput saya dan lebih ramai lagi untuk belajar menembak. Ini bukan saja baik untuk dapat hadiah, tapi sebagai ilmu untuk mengendalikan senjata bagi kita. Geng surau, bukan saja dok belajar kitab saja namun mampu mengendalikan senjata serta adalah penembak tepat. Tabik kepada Hj Hilmi dan Hj Wan.
0 comments:
Post a Comment