Thursday, September 29, 2011

on
mata bila di zoom

Agak lebih sebulan saya tak update blog ni. Banyak hal la. Bukan senang nak tulis ni...kena ada idea. bukan main bedal saja. Ada beberapa kawan yg bertanya kenapa tak update blog. He he he...ada jugak yg dok baca blog saya ni. Sebenarnya saya pun selalu baca blog saya ni. Sebab ni mcm ringkasan apa yg saya pelajari serta boleh di access dimana mana dan bila-bila saja...dgn syarat ada internet.
Cerita mata ni saya teringat pabila mak mertua saya menjalani pemedahan mata semalam. Bila saya tanya mcm mana doktor tu buat, dia kata doktor bius local. Jadi mak saya boleh dengar apa yang doktor cakap. Agak ngeri juga saya dengar...takut skit dgn cerita bedah bedah ni. Alhamdulillah, ari ni mak saya dah semakin sihat.
Beberapa hari lalu saya mengikuti ceramah Utz Rashidy Jamil. Dalam ceramah tercebut Utz ada menceritakan tentang mata. Yang mana saya amat tertarik sekali. Disini saya cuba cerita balik ...ha ha ha.
Apa yang menarik ialah cerita tentang batas mata kita. Ialah secara mudah. Kalu nak secara sains kena bukak google la. bersepah cerita.


Pertama: mata tidak dpt melihat bila terlalu cerah. Ye la cuba melihat terus ke matahari yg terik atau dihadapan cahaya lampu yg terang. Pasti kita tidak nampak apa apa.


Kedua : dalam keadaan terlalu gelap. Juga kita tidak dapat melihat.


Ketiga: Terlalu jauh. mana mungkin kita dpr sesuatu objek yg jaraknya 2km tanpa bantuan teropong.


Keempat: Terlalu dekat. Biasanya orang lain yg akan bagitau kita macam ni "Awat mata hang merah". Maksudnya, mata kita sendiri yg merah pun kita tak tau. Kecuali dah lihat imej mata tu dalam cermin.


Ini menunjukkan mata kita ada kelemahan. Bila kita tak nampak tak bermakna benda tu tiada.Sperti contoh udara. Kita tak nampak, tetapi setiap saat kita menghirup oksigen daripada udara.
Begitu juga dengan arus elektrik. Kita tak nampak arus letrik tu dalam wayar, tapi setiap masa kita menggunakannya.
Golongang frekuensi radia & tv mana kita nampak. Begitu juga gelombang frekuensi telefon juga kita tak nampak, tapi kita juga menggunakannya setiap hari. Kesimpulannya, tak semestinya benda yang kita tak dapat lihat dengan mata tu ianya tiada.


Dengan beberapa contoh di atas ni, ternyata Pencipta mata kita dah design spesifikasi macam tu. Kita kena terima seadanya. Pasti ada manfaat serta rahsia yang tersendiri. Maka dengan kebatasan keupayaan mata kita sudah pasti kita tidak dapat untuk melihat zat Allah yang maha agung. Itu hanya diberkan sebagai nikmat yang paling agong kepada penghuni syurga. Saya berpesan kepada diri saya sendiri supaya melakukan yang terbaik serta berusaha utnuk menjadi hambaNya yang bertakwa.Ameen.

0 comments:

Post a Comment