Saturday, October 22, 2011

on

Di Bengkulu, Indonesia


Salam dari Bengkulu, Sumatra, Indonesia. Saya menemani zaujah saya membentangkan kertaskerja beliau di Universitas Bengkulu (UB). Kami tiba disini semalam jam 4pm. penat jugak perjalanan ke sini. penat kerana transit di Jakarta Airport hampir 5 jam. Sebenarnya perjalan tak jauh. KLIA ke Jakarja 2 jam dan Jakarta ke Bengkulu cuma 1 jam tapi masa transit yg lama tu menyebabkan keletihan. Juga kerena keadaan terminal 1 tu yang kurang memuasakn. Kerana kurangnya kws yg beraircon, kebanyakannya aircon semulajadi serta campuran asap rokok.
Sampai saja di Airport Bengkulu kami disambut dgn baik oleh para petugas...yg kebanyakkan adalah pelajar. Mana tidak baik, sampai beg kami pun mereka yg ambilkan serta muatkn kedalam bas. Keadaan Airport Bengkulu agak kecil. Ia cuma sebuah bangunan banglow saja.
setiba di hotel kami semua kelaparan dan kami makan tengah hari di sebuah restoran dihadapan hotel. Harga nasi goreng dgn ayam lebih kurang RM5. Hampir sama saja dengan harga di KL...mungkin sebab kami pelancong. dan selepas tu kami makan makanan tempatan...mcm keropok lekor kita...tapi mkn dgn kuah kacang.
Di malam hari kami di jemput ke kediaman Gabenor Bengkulu utk majlis perasmian.Apa yg mengejutkan saya ialah terdapat rusa yg banyak di padang depan rumah gabenor. Hampir 30 ekor. Tidak pasti tujuannya, tapi menurut cakap pelajar di situ rusa merupakan binatang dikawal oleh kerajaan. Tak boleh di bunuh.

Walaupun baru sehari disini, ada beberapa perkara yg saya tertarik dgn Bengkulu. Antaranya sikap pelajar disini yg melayan kami mcm ADUN. Nak beli prepaid kad pun dia belikan, nak aktifkan pun dia bantu...malah bila nak keluarkan sim card dari phone pun dia nak buat. Mereka juga begitu ramah. tak kira lelaki mahupun perempuan. disamping itu mereka juga sangat hormat kepada tetamu, seperti contoh saya dan zaujah sedang berbual di depan bangunan kampus bila mereka hendak lintas, mereka minta izin dulu. malah anak saya sendiri tak buat macam tu di depan saya.



Nampaknya nilai serta hormat orang ni masih kuat di Bengkulu dari Subang Jaya. Bila kita melancong ni maka banyak yg kita belajar. Teringat firman Allah dalam surah Al Ankabut : 20 yang bermaksud:


Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

0 comments:

Post a Comment