Monday, August 15, 2011

on

Ramai dikalangan kita yang merokok. Ramai juga yang tidak mengendahkan fatwa merokok yang mengatakan haram. Dan ramai juga yang selalu berkata begini "Aku dah hisap rokok 30 tahun, tak dak apa pun. Sihat saja". 


Apa yang penulis ingin utarakan ialah di aspek lain. Supaya kita sesama dapat berfikir secara logik.Mari kita lihat dari segi ekonomi...macam pandai sangat ha ha ha.
Harga sekotak rokok sekarang ialah RM10 untuk 20 batang. Cuba kita buat matematik sikit:

  1. Sehari sekotak (ni perokok biasa saja ni), RM10
  2. Sebulan 30 X 10 = RM300
  3. Setahun, 365 X 10 = RM3,650
  4. Lima tahun, 3650 X 5 = RM18,250
  5. Sepuluh tahun , 3650 X 10 = RM36,500
  6. 30 Tahun, 3650 X 30 =RM 109,500
Berdasarkan angka di atas, cuba tanya soalan ini:
  1. Pernahkan anda derma/sedekah RM 10 setiap hari?
  2. Pernahkah anda derma/sedekah RM 300 setiap bulan? kalu blh merokok sebulan RM 300, sepatutnya anda juga mampu derma RM300 sebulan ke masjid.
  3. Perokok boleh pergi haji setiap 5 tahun. Atau sponsor 3 org pergi umrah setiap 5 tahun.
  4. Setiap 10 tahun boleh beli 1 Van Jenazah dan sedekah ke masjid
Penilus berpendapat, perokok adalah orang yang kaya. Kerana mereka boleh "bakar" duit mereka RM10 sehari. Betul apa...depa hisap rokok bukan blh kenyang pun. Sedut asap, lepas tu keluarkan asap.

merokok macam bakar duit


Di samping itu, penulis juga menyarankan supaya perokok kalu nak hisap rokok pi lah hisap dalam tempat yang tertutup. Contohnya hisap bila dalam kereta, tutup semua tingkap. Biar anda dapat semua asap tu, baru berbaloi. Tak membazir. Patut kerajaan sediakan satu bilik khas untuk perokok ni. Buat bilik ni di tmpt awam seperti kompleks, supermarket . Dan bilik ni jangan ada ventilation (pengudaraan). Biar mereka saja dapat hirup asap tu sepuas hati. Penulis selalu rasa terganggu dengan bau asap rokok ini, terutama semasa kita pergi makan di kedai. Terbantut rasa sedap makanan tadi kerana bau asap rokok.
Perokok juga ada satu bau yang tak menyenangkan. Perasan tak bila kita dekat dengan perokok, bau mulut pun busuk. Bau badan pun sama juga. Tambah bila dalam kawasan beraircon. 

Kesimpulannya, memang sukar perokok ni nak berhenti. Kita harus beri semangat pada mereka untuk hidup secara sihat. Moga Allah beri mereka kekuatan untuk berhenti merokok dan melindungi anak cucu kita dari tabiat merokok ini. Ameen.




0 comments:

Post a Comment