Monday, October 31, 2011

on
Gambar Hiasan saja


Anas bin Malik meriwayatkan (maksudnya):
"Cincin Rasulullah s.a.w terbuat dari perak. Sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi."
[H.R Tirmidzi, Muslim, Nasa'i, Ahmad, dan Ibnu Majah]
Muhammad bin Ali bin Husain meriwayatkan (maksudnya):
"Hasan dan Husain mengenakan cincin di jari tangan kiri mereka."
[H.R Tirmidzi & Abu Syaikh]
Anas bin Malik meriwayatkan (maksudnya):
"Rasulullah s.a.w mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau."
[H.R Tirmidzi, Nasa'i, & Abu Syaikh]



Ibnu Umar meriwayatkan,
"Rasulullah saw. membuat cincin dari perak. Ketika beliau mengenakannya, beliau selalu menghadapkan mata cincin itu ke telapak tangannya. Cincin tu bertulis (Muhammad Rasullulah).Baginda tidak mengizinkan seorang pun menambahkan tulisan di cincin tersebut. Cincin itulah yang jatuh ke Sumur Aris.
[Riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim]

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Kesimpulannya, jika kita nak mengalankan sunnah secara menyeluruh semasa memakai cincin ini kita perlu:
1. Pakai cincin perak
2. Pakai di tangan kanan
3. Terbalikkan batu cincin kedalam tapak tangan.
4. Jangan pakai di jari telunjuk dan hantu.


0 comments:

Post a Comment