Wednesday, January 19, 2011

on
Bertudung tetapi yang lain terbuka


Tertarik dengan status kawan saya di FB hari ni berkaitan dengan tudung. Boleh tengok di bawah, ramai juga yang beri komen.

Lebih kurang di senaraikan beberapa jenis tudung yang di pakai sekarang:
  1. Tudung Yahudi - tudung yg dipakai Dan dilepaskan semuanya ke belakang .
  2. Tudung Nasrani & Ktistian - tudung pendek diparas / atas dada Dan diikat dibelakangnya
  3. Tudung Islam - tudung yg dilabuhkan dibawah paras dada
  4. Tudung org melayu, yg nampak jambul kat depan.
  5. Selendang, yg tutp rambut mcm main main dgn Allah.
  6. Pakai tudung betui, tapi bhg lain nampak. Cth selalu kita lihat, tak pakai stokin. Nampak kaki.
  7. Tak pakai tudung.
  8. Tudung yg jarang. Dipakai tapi leh nampak rambut, sanggul dan sebagainya... Tutup tapi tak tutup...
Seperti firman Allah di dalam Al Quran 33:59,

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Jadi marilah kita semua memohon dari Yang Maha Berkuasa supaya kita di beri kekuatan untuk menutup aurat...bukan saja wanita , lelaki pun sama. Seringkali juga terjumpa, siisteri menutup aurat dengan sempurna...tapi suami berseluar pendek. Joging pakai seluar pendek, basuh kereta depan rumah pun pakai seluar pendek.

Dan ayuhlah kekawang, kita mengajak anak-anak kita, isteri atau suami, adik dan abang malah semua muslimin muslimat untuk menutup aurat. Tugas kita cuma menyampaikan, hidayah itu dari Allah.

Sekian, terima kasih.



0 comments:

Post a Comment