Tuesday, January 18, 2011

on


Semalam di Surau Al Madaniah, Utz Nasa'e dari UM ada berkongsi sedikit ilmu berkaitan isu di atas. Beliau merujuk kepada buku di atas.

Antara ceramah beliau yang sempat saya tulis dan menarik akan saya paparkan di bawah...(lagi pun Tuan Malik suruh saya catit...jgn marah Tuan)

1. Sebelum berlaku kiamat, Allah akan tiupkan angin yang dingin yang apabila terkena orang beriman maka mereka akan mati. Yang tinggal hanya orang kafir & munafiq. Mereka yg hidup berkata, "tengoklah sekarang sapa yang benar, semua muslim dah mati"

2. Tanda-tanda awal kiamat:

A. Munculnya pembohong besar serta Nabi-Nabi palsu yang jumlahnya hampir 30 orang. Ini adalah hadis sahih. Dan nabi palsu ini mempunyai pengikut yang ramai. Haji Kahar & Ayah Pin tak termasuk...sebab pengikut tak ramai. Antara yg termasuk ialah:
  • Musailamah - nabi palsu pada zaman Rasullulah
  • Al Aswan Al ansi - nabi palsu pada zaman Rasullulah dan dibunuh pada zaman itu.
  • Mizra Al Qadiani - berasal dari India dan ada pengikutnya di Jeram, Selangor.
B. Berlaku zina yang bermaharajalela.
  • ada orang yang menghalalkan zina, cth anak berzina di dalam rumah, ibubapa buat tak kisah saja. Nauzubillah.
  • Malah ada bapa yang Dayus, yang sanggup biarkan anak-anak mereka terjebak dgn gejala ini. ada hadis yg menyebut, Rasullulah tak mahu berjumpa dgn lelaki dayus ini di akhirat.
  • Jika Rasullulah tak mahu berjumpa, mcm mana nak dapat syafaat baginda...jika tak dpt masuk syurga...maka tiada tempat lain yg menunggu mereka ... melainkan neraka.
  • Moga Allah memberi kita kekuatan iman supaya tidak tergolong dalam golongan lelaki dayus. Ameen.
C. Minuman keras (qamar) berluasa
  • yang diminum secara terbuka. Tak percaya pergilah di Bangsar atau dikelab malam, ramai orang Islam yg meneguk arak ini.
  • dan ada yang menghalalkan arak ini. Contohnya ada beberapa individu koperat melayu yang menjadi Lembaga Pengarah di syarikat arak.
  • di botolkan malah dilabelkan bukan sebagai arak. Boleh lihat saja dimana mana termasuk di 7 Eleven.

Itu saja yang saya mampu kongsikan, jika ada salah sila beri teguran.

0 comments:

Post a Comment