Tuesday, January 25, 2011

on



Apa itu Law Of Attraction (LoA)? Dalam bahasa melayu disebut Hukum Tarikan. Benda ni di popularkan oleh Rhonda Byrne dalam bukunya The Secret. Lebih kurang dia menceritakan kekuatan minda sedar & separa sedar. Benda yang sama menarik antara satu sama dengan lain. Nak tahu lebih sila tanya kat Tuan Google.

Tapi bukan itu yang ingin saya paparkan. LoA itu adalah dari ilmu orang barat. Pada pendapat saya LoA tu adalah doa. Ya! doa. Ada hadis yang menyebut, " Doa adalah senjata orang Islam..."

Apa yang kita fikir dan ucapkan adalah doa. Kerana Allah, Maha Mendengar. Seperti firman Allah di dalam surah Qaf:16, " Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya..."

Allah juga berjanji setiap doa akan akan dimakbulkan, samada cepat atau lambat, di dunia atau di akhirat. Teringat satu cerita dua sahabat ni, Si A hampir semua doanya dimakbulkan Allah di dunia & si B pula hanya beberapa saja doa yang dimakbulkan. Bila di akhirat nanti, si B pula dapat apa yang dipintanya malah lebih dari yang dipinta. Si A tak dapat apa- apa pun. Kata Tuhan, Si A dah dapat semasa di dunia. Si A tak puas hati sambil berkata," Kenapa tunaikan semua doa saya di dunia?"... eehh komplen pulak. Biasalah ini memang tabiat manusia. Cukup.

Pernah tak doa anda di makbulkan? Mesti ada kan. Dan yang tak dapat tu, bersabarlah. Mungkin ada hikmah yang lebih baik. Allah yang lebih mengetahuinya. Pernah tak apa yang terdetik di hati kita pun kita dapat? Juga pastinya ada. Ini semua kuasa Allah. Jadi yakin sajalah. Dan sabar.

Mungkin apa yang kita doa tak dapat merupakan bukan apa yang betul betul kita nak. Contoh, saya selau mengajar anak saya supaya buat perjanjian dengan saya jika mereka nak sesuatu. Satu hari Harriz nak PSP, jadi saya kata boleh dengan syarat dapatkan perkara dibawah ini:
  1. No 1 dalam kelas
  2. Naik Kelas A
  3. Dapat markah purata 85%
Dia pun tulis semua ni di atas kertas & tampal di bilik saya. Alhamdullilah, pada peperiksaan akhir tahun itu dia dapat item 1 & 2. Jadi saya pun hadiahkan PSP untuknya. Dengan semangat antusias itu, dan Harriz pun betul betul nak PSP maka impiannya tercapai. Rahsianya ialah doa. Tahun inin saya cabar Harriz untuk dapat 5A dalam UPSR dan Mumtaz dalam UPSA ( betui ka...mcm tak betui ja). So go for it Abang Harriz.

Sama juga sekarang ni, saya begitu rajin membaca buku pasal Rasullulah & Para sahabat kerana dah lama saya cari dengan buku yang baik. Alhamdullilah, dah jumpa. Kalau dalam LoA dikatakan, bila kita nak sesuatu maka gelombang itu akan keluar dan alam ini dengan gelombang yang sama akan menerima gelombang itu.

Satu lagi tips macam mana nak impian atau doa kita tercapai adalah terus berdoa tanpa rasa jemu. Jangan hari ni berdoa, lepas tu tak dapat. Esok bila berdoa cakap,"Ya Allah, doa aku hari ni sama macam semalam". Cuba tengok macam mana anak kecil kita bila nak sesuatu, contohnya nak ais krim. Dia punya merayu tu kita pun cair. Ini Ezham pandai. Minta sekali kita tak layan, tapi kalu dah 18 ratus kali, mesti kita pergi beli ais krim tu.

Sama juga bila kita nak mencari sesuatu, tetiba terjumpa. Adakah ia kebetulan? Kita teringat kawan masa darjah satu dulu, tetiba terjumpa dalam facebook. Kebetulan juga? Ini part 2 baru boleh cerita. ha ha ha.

Secara sedar mahupun tak sedar kita telah menggunakan LoA atau doa selama ini. Mungkin dengan cara yang kurang sistematik. InsyaAllah, saya akan paparkan cara yang saya amalkan nanti.

Kesimpulannya, berdoalah yang terbaik. Dan sebaik baik doa adalah doa supaya di ampunkan segala dosa. Ameen.




0 comments:

Post a Comment