Sunday, January 23, 2011

on
Best buku ni


Dah beberapa hari saya tak update. Leka membaca buku di atas. Tambah koleksi jam...oopps.
Membaca buku di atas menyedarkan saya bagaimana sahabat & Rasulullah ( selawat ke atas baginda) berjuang unutk menegakkan agama Islam yang tercinta ini. Buku ni juga disusun secara santai...terasa mcm baca novel...sejak bila saya baca novel? adalah dulu masa muda-muda. Cukup.

Ramai yang mengaku cintai insan hebat bernama Muhammad bin Abdullah. Tetapi kita tak mengetahui secara detail mengenai baginda. Macam mana perjalanan hidupnya, kisah masa kecilnya dan cara baginda berinteraksi dengan orang.

Kita lebih mengetahui siapa itu Mawi, Shahrir, Barbatov, Lee Chong Wei, Michael Jackson, Robert Kwosaki dan Donald Trump daripada Muhammad bin Abdullah. Kita menjadikan orang yg lain sebagai idola. Lupa sesungguhnya Allah menciptakan baginda sebaik-baik kejadian. Rasulullah yang patut kita jadikan ikutan. Jadikan ikon. Jadikan idola.

Hebatnya Rasullulah sebagai seorang pemimpin, ahli politik, panglima perang, peniaga, strategis, imam, bapa serta suami. Banyak lagi peranan baginda. Semuanya adalah untuk menjadi ikutan kita umat manusia. Bukan kita hanya nak jadikan ikutan bab poligami saja...(ha ha ha saya pun ada niat nak berpoligami, tak pa ni bab lain).

Cuba kita fikirkan mcm mana Rasullulah mampu menukarkan para sahabat yang hidup zaman jahillah kepada umat Islam yang begitu hebat sekali. Ada hadis menyebut lebih kurang maksudnya: Aku tak diutuskan melainkan untuk menjadi contoh akhlak kepada manusia. Nah, tak perlu cari lagi ikon yg paling baik, ikut saja semua dari Rasulullah.

Semakin saya membaca buku di atas, semakin saya mengenali baginda. Bila diceritakan sesuatu peristiwa itu, terasa macam saya pun berada di sana. Serius. Semasa perang Uhud, Rasullulah terjatuh ke dalam satu lubang. Seorang sahabat bernama Abu Dujanah melompat masuk untuk melindungi baginda dari dihujani anak panah. Sehingga belakang Abu Dujanah itu diibaratkan sebagai belakang landak, banyaknya anah panah yang melekat di belakangnya. MasyaAllah. Jika anda berada disitu, adakah kita juga akan terjun menjadi benteng utk baginda?... Fikir sendiri. Dan apa tindakan kita sekarang bila org mengutuk atau mempersendakan baginda? Apa sumbangan anda?

Teringat bila berada di Masjid Nabawi, ada mamat ni sedang melunjurkan kakinya ke arah makam Rasulullah. Dan ada orang yang menegur mamat tadi. Tanda cintanya pada Rasulullah. Ini kita mengaku menjadi umat Muhammad, tapi meninggalkan ajaran baginda. Malah ada yang kata Islam itu tak relevan pada zaman moden ini. Nauzubillah.

Satu hari berapa kali kita berSMS dgn kekawan, dgn aweks? Berapa kali juga kita update status di FB?... tetapi kita tak pernah nak bilang berapa kali kita berselawat kepada junjungan besar kita. Tak pernah jadikan selawat sebagai amalan harian kita.( moga Allah juga beri kekuatan kpd saya juga). Selawat ni mcm kita berSMS dgn Rasulullah. Malaikat akan menyampai kpd kpd baginda. Dan Baginda tau sapa yang berSMS tadi. Sesiapa yang banyak berselawat, InsyaAllah nanti akan dapat syafaat baginda di padang Mashyar.

Kecintaan sahabat pada baginda tiada tolok bandingannya.Teringat kisah Bilal bin Rabah. Selepas wafatnya baginda, Bilal hanya mampu melaungkan azan sampai kalimah " Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah" saja. Maka suaranya berhenti...lalu menangis Bilal. Kaum muslimin yang lain juga tidak dapat menahan kesedihan, turut menangis...( bila kali terakhir kita menangis kerna Rasulullah?... kerana rindu baginda?)

sambung lagi cerita Bilal....Di saat kematiannya, isterinya berkata" Oh , sedihnya hati ini...!" dan di balas oeh Bilal " Oh, betapa bahagianya hati ini..."

Dan sebelum menghebus nafas yg terakhir, Bilal berkata sayu:

"Esok kita bersua dengan orang - orang terkasih
Muhammad dan sahabat sahabatnya
esok kita besua dengan orang - orang terkasih
Muhammad dan sahabat sahabatnya...!"


0 comments:

Post a Comment