Thursday, January 27, 2011

on


Tetiba pagi tadi masa sarapan dengan the boys and Roza, teringat satu kisah ini. Lalu saya pun berkongsi dengan depa. (depa dalam bahasa utara bermaksud mereka)
Hampir setiap masa Jibrail ada bersama Rasulullah (SAW). Ini menguatkan semangat baginda
Pada suatu hari orang Yahudi ada datang jumpa Rasulullah. Dan bertanya tiga soalan:
1. Ceritakan pada kami pasal penghuni gua
2. Ceritakan pada kami pasal seorang yang mempunyai dua tanduk
3. Ceritakan pada kami pasa roh

Nabi pun menyatakan kepada mereka supaya datang esok, maka mereka akan menemui jawapannya.
Nabi pun berharap Jibril akan memberi jawapan pada malam tu, tetapi Jibrail tidak muncul.
Maka Rasulullah terpaksa meminta mereka datang hari lain. Selepas 15 hari barulah Jibrail muncul kembali.
Untuk menjadi pengajaran kepada kita bila jangan membuat janji yang pasti, tetapi berikatlah dengan kalimah "Insya Allah". Kerana Allah yang akan menentukan atas sesuatu.

Ini adalah jawapan soalan di atas:
  1. Cerita penghuni gua itu yang di jelaskan dalam surah Al Kahfi, ayat 9-26.
  2. Kisah orang yang memiliki dua tanduk itu merujuk kepada Dzulkarnain kerana beliau memiliki tahta dari Timur hingga ke Barat.
  3. Berkenaan roh - orang yang bertanya dan orang yang ditanya juga tidak mengetahuinya.
Seperti tercatat dalam surah Al Kahfi, 18 :23-24, Allah berfirman "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi". Kecuali (dengan menyebut) "Insya Allah" Dan ingatlah kepada TuhanMu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini"
Mudah-mudahan kita sama-sama dapat amalkan pengunaan kalimah "Insya Allah" dalam urusan seharian. Kerana kita mampu merancang, tetapi semua itu berada dalam kekuasaan Allah.



0 comments:

Post a Comment