Saturday, August 13, 2011

on


Dalam penulisan saya yang lepas, saya ada menceritakan 5S yang boleh merosakkan umat Islam. Klik Sini jika nak baca.
Dan di sini saya ingin berkongsi pula 3S yang di sarankan oleh seorang Ustaz dari Darul Bayan. Di mana beliau kata 3S ini mampu menyelesaikan masalah umat Islam sekarang. InsyaAllah.


S yang pertama ialah Solat. Sepertimana yang kita tau, solat adalah tiang agama. Dalam sebuah rumah, bila tiang tidak kukuh maka rumah itu akan goyang...lama kelamaan boleh runtuh. Begitu juga solat. Marilah kita sama-sama betulkan solat kita. Bila kali terakhir kita belajar pasai solat? Masa tingkatan 2? Dapatkan guru yang baik dalam bab solat, yang dapat membimbing kita mendirikan solat dengan lebih sempurna.


S yang kedua ialah Sekolah. Sekolah merupakan asas dimana kita menuntut ilmu. Samada dunia mahupun akhirat. S yang kedua ni juga merujuk kepada pendidikan agama ini harus dimulai semasa dibangku sekolah. Kerana di ketika ini seseorang itu mudah di bentuk. Bak kata perpatah, melentur buluh semasa rebung.


Dan, S yang ketiga merujuk kepada siasah. Siasah atau bermaksud politik. Ini memberi kesan yang tinggi dalam sesebuah negara. Bilamana ahli politik itu yang berkuasa sebagai pemerintah boleh memainkan peranannya. Terutama di dalam usaha memepertabatkan Islam yang sebenarnya di negara tersebut. Melaksanakan Islam 100% mengikut Al Quran & hadis. Bukan megikut perlembagaan parti atau kepentinggan undi sahaja.


Hanya Allah yang lebih mengetahui.

0 comments:

Post a Comment