Saturday, August 6, 2011

on
Prof Syamsul dan bukanProf Saiful Ezuan

Kami berjumpa pada hari Sabtu lepas bersama seorang rakan saya. Prof Datuk  Dr Syamsul Amri merpakan salah seorang dari penerima anugerah Profesor Ulung di Malaysia. Beliau juga merupakan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dan boleh mengetahui lebih lanjut mengenai beliau di sini. Klik sini.

Kami sempat bersembang selama 2 jam dalam satu pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Banyak juga yang kami bualkan dari benda kecil sampailah yang besar. Peribadi sampai dunia. Terasa diri ni sangat kecil...walaupn badan saya besar... bila berbicara dengan beliau.

Ada beberapa isu yang saya nak kongsikan disini. Yang saya rasa sangat tertarik denagan apa yang cuba di sampaikan. Pertama, beliau menceritakan perbezaan di antara scholar (sarjana) dengan ahli akademik.  Ahli akademik menurut beliau adalah mereka yang buat research atau dapat hasilkan sesuatu terbitan dalam journal dalam bidang mereka. Yang mana hanya ahlinya yang saja dapat manfaat...atau dalam bahasa kita ...syok sendiri saja. Sebaliknya, seorang scholar atau sarjana ialah seseorang yang dapat hasilkan sesuatu dari bidang serta dapat memberi kesan yang besar kepada masyarakat. wooow. Bila balik rumah cerita kat zaujah, ternyata dia pun setuju.

Balik kepada sejarah sikit. Rupanya zaujah saya ada menghadiri majlis penganugerahan Profesor Ulung tu pada tahun lepas. Masa tu saya buat tak berapa kisah. Tapi sekarang dan selepas ni perlu ambik kisah la. lalalala.

Ok. Sebenarnya Rasulluah pernah bersabda dalam hadis yang diriyawatkn oleh Thabranni : "... Dan sebaik-baik manuisa adalah yang paling bermanfaat kepada manusia". Mungkin Prof Syamsul dah faham hadis diatas dan cuba sampaikan dalam bahasa yang lebih mudah difahami. Apa yang pasti 1400 tahun yang lalu lagi Rasullulah dah pesan kepada kita untuk menjadi seorang insan yang dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Soalannya ialah bagaimana. waaah ni bleh buat satu tesis ni...

Ada beberapa persiapan yang dirasakan perlu sebelum kita dapat memberikan manfaat kepada orang lain:

Pertama, tingkatkan keimanan kita. Supaya kita mampu beramal dengan ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah sahaja. Bila keimanan kita tinggi, adalah amat mudah untuk melakukan sebarang kebajikkan. Seperti cerita Bilal yang memang kita tahu adalah seorang sahabat yang miskin. Bila Rasullulah memerintahkan beliau untuk bersedekah dia lakukan juga. Kerana percaya sedekah tidak akan mengurangkan rezeki kita.

Kedua, lanjutan drpd yang pertama, kita mampu memberi manfaat kpd org lain tanpa mengharapkan sesuatu. ni susah ni. Kita kena buang sifat ego, bangga diri. Supaya semuanya di buat hanya kerana Allah.

Ketiga, kena tanamkan dalam diri kita bahawa harta kita yang hakiki adalah sesuatu yang telah kita berikan kepada orang lain. Sebab ini akan bertukar menjadi pahala yang mampu menolong kita di akhirat kelak....wooow ni pun memerlukan satu pemahaman yang tinggi ni.

Keempat, kena berikan sesuatu yang terbaik yang mapau kita berikan. Sebab jika kita di pihak penerima, pastinya kita nak yang terbaik juga. Contohnya takkan lah kita nak baju yang koyak, kasut yang rosak. 

Kelima, bilamana kita hendak memberi, tentu anda harus miliki sesuatu yang hendak diberi. Kita perlu kumpulkan dalam apa bentuk sekalipun, dalam bentuk harta, waktu, fikiran dan tenaga. Dan gunakan setiap kelebihan kita itu untuk memanfaatkan orang lain. Contohnya jika kita berilmu, ajarlah ilmu itu kepada orang ramai. Jika kita mempunyai masa yang berlebihan, peruntukkan kepada masyarakat. Moga semua ini dalam memberi sedikita manfaat kepada kita di dunia sampai akhirat.

Dalam masa yang sama, saya juga berpesan kepada diri sendiri supaya dapat amalkan apa yang saya kongsikan disini. Moga Allam mempermudahkan segala urusan kita.

Akhir kata, mari kita fahamkan maksud ayat Al Quran, surah At Tawba: 105; 
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan."

rujukan:
1. http://mta-online.com/v2/2011/03/22/sudahkah-dirimu-bermanfaat-bagi-yang-lain/

2. Al Quran

0 comments:

Post a Comment