Wednesday, August 3, 2011

on
Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Bila saja ramadhan tiba, kita semua tidak melepaskan peluang untuk mengerjakan solat sunat tarawih. Ini sangat baik. Tetapi harus di ingatkan jangan sampai kira mengejar sesuatu yang sunat tetapi melakukan perkara yang haram.


Contoh yang paling baik ialah aurat. Lelaki juga perempuan.Jagalah aurat kita ketika datang, semasa dan selepas keluar dari masjid. Janganlah pakai kain telekung di kepala...tapi menampakkan lengan, betis dan sebagainya. 


Dan apabila datang masjid letaklah kenderaan di tempat yang disediakan. Pastikan kenderaan anda tidak menghalang kenderaan lain mahupun lalulintas.


Disamping itu perlu juga dijaga adab didalam masjid seperti berikut:


  1. Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa, tetapi ketika keluar melangkahlah dengan kaki kiri sambil membaca doa.
  2. Sebelum duduk tunaikanlah solat sunat dua rakaat iaitu solat tahiyatul masjid.
  3. Jangan menunaikan solat di tempat yang boleh mengganggu orang ramai untuk memasuki masjid seperti di muka pintu dan sebagainya.
  4. Melintas dihadapan orang yang bersolat. Jika ingin melintas juga pastikan anda tidak melintas dalam jarak beliau hendak sujud. lebih kurang 1 meter.
  5. Jangan berkeliaran di dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di dalam istana Allah maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk dan sibukkan diri dengan banyak solat sunat dan berzikir.
  6. Jangan meninggikan suara di dalam masjid sama ada berzikir atau membaca al-quran kerana ini akan mengganggu orang lain untuk beribadat.
  7. Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.
  8. Matikan atau silence handphone anda supaya tidak menggangu orang lain.
  9. Pakailah pakaian yang bersesuaian dan sopan tatkala memasuki masjid.
  10. Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke sesuatu tempat.
  11. Jangan menyimpan atau membawa sesuatau yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.
  12. Jika anda telah memakan bawang maka janganlah terus masuk ke masjid kerana ini akan mengganggu orang lain. Seeloknya cucilah dahulu mulut atau ambillah wuduk demikian juga jika merokok.
  13. Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan semasa mendatangi masjid.
  14. Jangan mengambil atau membawa pulang barang-barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri, segala peralatan masjid telah diwakafkan iaitu untuk kegunaan awam.
  15. Jika anda membawa anak kecil, awasilah mereka daripada menggangu jemaah lain.

Moga kita dapat beribadat dengan sempurna di bulan yang mulia ini. Serta dapat mengimarahkan masjid serta mengikut adab yang sesuai ketika di dalam masjid. Allah berfirman dalam Al Quran dalam surah Al Tawbah: 18 yang bermaksud " Hanya mereka yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut selain Allah, dan dengan adanya sifat-sifat tersebut diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk."

0 comments:

Post a Comment