Monday, February 14, 2011

on


Beberapa malam yang lepas, saya sempat bersembang-sembang dengan kekawan lama. Beberapa isu di kongsi bersama. Termasuklah isu "Back to Basic". Pada ketika itu, saya pun tak tahu apa itu maksud yang sebenar.


Keesokkan harinya, semasa bersarapan...sorang sorang. Tetiba mamak tu mai hantar capati yang ke 3...eeh bukan itu yang nak cerita. Tetiba teringat masa berbual dengan sepupu beberapa tahun lepas. Dialog lebih kurang macam ni:


S: Apa rahsia company hang, tetiba saja aku tengok ok. Produk yang hangpa keluaq la ni makin mantap. Kurang masalah compare model yang dulu.
A: Entah...tak tau. Sama saja.
S: ....ooo...
A: ... cuma ada satu yang beza. Big Boss yang baru ni, lepaih dia masuk, dia wajibkan semua senior management level ke atas pi kursus "Smart Solat". Sapa yang tak pi kursus tu, kena jumpa dan buat penjelasan kepada Big Boss sendiri.


Emmm. Sangat bijak Big Boss itu. Dengan perbetulkan solat pekerjanya, berlaku satu transformasi yang hebat kepada syarikatnya. Satu contoh yang baik.
Semasa hijrah Nabi SAW ke Madinah, setelah tiba perkara pertama yang di lakukan adalah mendirikan masjid. Maksudnya solat itu amat penting. Allah berfirman dalam Al Quran (Al-Ankabut:45): Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (45)"


Bila solat kita betul, maka ia dapat menghalang kita dari buat benda yang dilarang oleh Allah. Pada pendapat saya, inilah "back to basic". Solat itu asas. InsyaAllah, jika kita nak betulkan seseorang mulakan dengan solat. Saya pun sampai sekarang masih memperbaiki solat saya. Takut tak di terima oleh Allah. Maka, marilah kita bersama memperbetulkan solat. Carilah guru yang dapat mengajar kita dari takbir sampai memberi salam dengan sempurna. Ameen.



0 comments:

Post a Comment