Thursday, February 10, 2011

on
Memang telah menjadi amalan pasangan kekasih untuk meraikan tanggal 14 Februari ini. Adakah kita tahu apa maksud perayaan pada hari tersebut. Atau mereka hanya jadi pak turut. Ikut saja apa yang orang buat. Terutama yang di lakukan oleh orang barat. Takut digelar tidak bertamadun.
Disini saya hanya ingin mengulang kembali pasal sambutan hari Valentine atau hari kekasih ini. Menurut fatwa kebangsaan Malaysia, seperti berikut:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Untuk keterangan lanjut boleh rujuk di sini.
Boleh juga rujuk keterangan yang lebih detail oleh Utz Zaharuddin di sini.

Apa yang diharapkan kita yang tahu pasai ini, bersamalah kita mencegah muda-mudi Islam daripada menyambut perayaan yang haram ini. Seterusnya dapat mengurangkan gelaja buang bayi pada bulan Nov-Dec 2011 nanti. Dan adalah molek jika kita dapat tubuhkan satu pasukan yang mencegah kemungkaran ini pergi ke kawasan yang menjadi "pot" mereka. Seperti di sekitar KLCC, Tasik Titiwangsa serta taman-taman permainan.

Ada hadis Rasulullah yang menyatakan "...jika kita melihat sesuatu kemungkaran hendaklah kita menegur dengan lidah, dengan tangan atau dalam hati..."



0 comments:

Post a Comment