Thursday, February 24, 2011

on


Pada suatu ketika dulu, saya selalu kena kerja malam. Dan orang biasa bertanya, "Awak kerja malam masuk kul berapa dan bila tukar shift?"...jawapan saya "biasa mula 12 malam dan balik bila kerja dah siap". Ada juga kawan saya bertanya..."Hang kerja apa? Yang aku tau orang kerja malam ni depa buat jalan saja?"...adakalanya aku jawap...biasanya senyum saja. Dapat pahala sedekah.


Semasa kuliah semalam, Utz Salleh Saad ada menyentuh pasal bangun untuk solat malam. Tersentak hati ini. Aku sebagai hamba yang lemah ini tak mampu untuk bangun solat malam. Berilah kekuatan padaku Ya Allah Yang Maha Berkuasa terhadap sesuatu. Ameen. Tapi kalu nak bangun untuk tengok perlawanan F1, boleh saja. Tak tahu apa yang seronok tengok F1 tu, esok pakat pakat kongsi cerita dengan kekawang di ofis.


Ehhh dah lari tajuk pulak. Sedangkan Rasulullah pun bangun untuk solat malam, jadi kita ni termasuk penulis kenalah berusaha juga untuk bangun solat malam. Diriyawatkan oleh Aisah RhA, Rasulullah bersolat malam sampai bengkak kaki baginda. Dan bila di tanya, kenapa bersusah payah sedangkan baginda sudah dijanjikan syurga oleh Allah. Jawapan baginda begitu hebat sekali, itulah tanda syukur baginda kepada Allah.


Allah berfiman dalam surah Al Muzammil, 73:2 yang bermaksud "  Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat).


Pada mulanya suruhan ini adalah wajib, kemudian Allah ringankan. Seperti dalam ayat ke 20 surah yang sama." Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang)...


Allah itu Maha Mengetahui, banyangkanlah kalu solat tahajud itu wajib...peh..
Ini adalah panduan dari Utz Salleh Saad apa yang perlu kita buat jika kita bangun untuk bersolat malam:

  1. Ambil wuduk
  2. Solat wuduk, tahajjud
  3. Baca Al Quran - 1 juzuk atau ikut kemampuan
  4. Zikir - "La ila Ha illalah" 1000 kali
  5. Istiqfaq - 70 kali
  6. Lepas itu - berdoalah
Kata Utz lagi, selalunya kita tertidur sebab tengok tv...cubalah tukar sikit. Cuba tertidur sebab baca Al Quran. Woooow... belum pernah buat lagi tu. Moga kita di beri kekuatan oleh Allah untuk berusaha mungubah kearah kebaikkan. Serta menambah bekalan kita untuk di bawa pulang ke negeri Akhirat.

0 comments:

Post a Comment