Monday, February 21, 2011

on


Biasanya kita cuma tungok ayat ini sebahagian saja, hari ini saya nak kongsi keseluruhannya.


 Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. AlQuran, 4:59


Siapakah Ulil Amri ni? Adakah semua pemimpin boleh digelar Ulil Amri? Yang selalu terima rasuah macam mana? RM500 Juta!!! Boleh. Dalam mentafsirkan ayat ini, Ibn Kathsir  menyatakan "Ulil Amri" ini seorang yang menyuruh kamu taat kepada Allah. Pemimpin juga mestilah boleh dipercayai, amanah dan tidak melakukan perkara yang melanggar ketentuan Allah dan Rasul. Dan melaksanakan segala hukum yang diturunkan oleh Allah dan diperincikan oleh Rasul yang amat mulia. Sekiranya terdapat perselisihan pendapat, maka patut merujuk kembali kepada Al Quran dan Sunnah Rasulnya.
Pemimpin hanya boleh kita ikut, selagi mana mereka tidak menyuruh kita melakukan perbuatan maksiat. Mereka juga meneraju negara dengan baik serta menghukum dengan adil. Pendapat Ibn 'Uyainah.
Di dalam buku Negara Berdaulat karangan Abdul Qadir Djaelani, ada disebut ciri pemimpin yang perlu ada menurut Al Farabi:

  1. Sempurna anggota badannya
  2. Besar pengetahuannya
  3. Bagus tangapannya
  4. Sempurna ingatannya
  5. Cekap & bijak berbicara
  6. Mencintai ilmu pengetahuan
  7. Tidak hidup mewah dan berfoya-foya
  8. Tidak serakah makan mimun & hubungan seks
  9. Cinta kebenaran dan benci kebohongan
  10. Cinta keadilan dan membenci kezaliman
  11. Sanggup menegakkan keadilan
  12. Mampu di dalam urusan ekonomi
Dari ciri-ciri diatas, renungkanlah pada diri sendiri. Adakah kita sudah bersedia menjadi pemimpin. Atau kita hanya nampak kehidupan dunia yang sempuran dengan adanya kuasa di tangan kita. Lupa tanggungjawap sebenar sebagai pemimpin. Cubalah baca & kaji perjalanan hidup Rasulullah. Baginda seorang pemimpin serta pahlawan perang yang hebat. Baginda adalah "role model" terbaik. Selawat dan salam kepada baginda serta kaum kerabatnya.




0 comments:

Post a Comment