Thursday, February 10, 2011

on


Setiap tahun kita menyambut Israk mikraj pada tanggak 27 Rejab. Maka setiap tahun juga kita dengar cerita Israk Mikraj. Tetapi tahun ini saya terasa ingin menghimpunkan beberapa isi penting yang menyentuh diri saya sendiri.

1. Malaikat Jibrail membasuh hati Rasullullah SAW, iaitu membuang bahagian yang menjadi tempat tinggal syaitan di hati. Moralnya disini- hati Rasullulah di bersihkan sebelum bertemu dengan Allah. Maka kita juga perlu membersihkan hati kita dari sifat-sifat yang buruk seperti contohnya riak & sombong.
2. Cerita tentang balasanAllah terhadap perempuan yang tidak tutup aurat dan sebagainya supaya kita insaf dan takut akan azab Allah.
3. Cerita tentang syurga – supaya kita lebih bermotivasi untuk membuat kebaikan dan ibadah. Serta memperbanyakkan zikir, membasahi bibir kita dengan zikir.
4. Betapa tingginya solat sehingga Allah sampaikan sendiri kepada Rasullullah. Ibadat lain seperti puasa,zakat & haji disampaikan melalui Al Quran. Dan Al Quran di turunkan oleh Jibrail.
5. Asal 50 kali solat sehari, setelah ulang naik 9 kali maka tinggal 5 kali sehari. Betapa Rasullullah mengambil berat mengenai umatnya. Jika kita kena solat 50 kali sehari, maka setaip 28 minit kita kena solat. Ini juga menunjukkan sifat Allah yang Maha Pengasih, mintak saja pasti dikabulkan permintaan kita. Jangan putus asa.
6. Satu solat bersamaan dengan 10 solat.
7. Bila niat berbuat kebaikkan ditulis 1 kebaikan dan bila laksanakan kebaikkan dapat pula 10 kebaikan
8. Bila niat buat kejahatan tetapi tidak melakukannya maka tidak ditulis sesuatu untuknya.
9. Tetapi bila niat serta melakukannya, maka tertulis satu kejahatan.
10. Nabi Adam turun dari langit, Nabi Idris naik ke langit, Nabi Isa naik ke langit, Cuma Nabi Muhammad yang naik dan turun semula dari langit.

0 comments:

Post a Comment