Monday, February 21, 2011

on


Dah hampir seminggu tak update blog. Entah apa yang sibuk pun tak tau. No problem. Sekarang saya nak berkongsi sedikit pasai solat sunat Rasulullah SAW yang kita cintai.
Seperti yang kita sedia kita maklum,setiap ibadat yang fardu adalah wajib dilakukan. Tiada pilihan. Jika tidak di buat, maka mendapat dosa. Manakala idabat sunat, lebih bersifat "add on". Atau pilihan. Jika di buat dapat pahala dan jika tak buat tidak berdosa. Tetapi bagi saya, inilah peluang untuk kita cari  pahala lebih. Dan seterusnya mencari keredhaan Allah yang maha agung itu.
Pada post yang lalu, saya menyatakan tentang solat Rasulullah pada siang hari saja. Dan lebih menyentuh tentang solat sunat Rawatib. Iaitu solat yang mengiringi solat fardu samada selepas atau sebelum.


Disini saya ingin berkongsi lagi beberapa solat sunat Rasulullah SAW. Antaranya:


Solat Sunat Fajar
Dari Aisyah r.ha katanya: "Nabi SAW sangat mengambil berat dan menjaga solat sunat Fajar dua rakaat lebih utama daripada solat sunat yang lain"


Hadis riwayat Imam Ahmad dan Al Tabrani, "Rasulullah SAW apabila selesai solat dua rakaat Fajar baginda berbaring di atas lambung kirinya"


Solat Sebelum dan Selepas Jumaat
Di dalam buku Solat Sunat Pilihan tulisan Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri menyebut Solat Jumaat sama macam Solat Zohor . Ini kerana ia mengantikan solat Zohor. Jadi sama jugala solat sunat yang mengiringi solat Jumaat.


Hadis dari Abu Hurairah, " Apabila seseorang daripada kamu bersolat Jumaat maka hendaklah dia bersolat empat rakaat selepasnya" Riwayat Imam Muslim.


Daripada Abdullah Ibn Mas'ud, " Dia bersolat empat rakaat sebelum soat fardu Jumaat dan empat rakaat selepasnya" Riwayat Imam Tirmizi.


Solat Dhuha
Solat ini waktunya adalaha lebih kurang 30min selepas waktu syuruk sehingga masuk waktu zohor. Memang banyak sungguh kelebihannya bagi siapa yang mengamalkan solat sunat ini. 


Daripada Abu al-Darda berkata: " Kekasihku SAW mewasiatkan kepadaku tiga perkara: Berpuasa tiga hari sebulan, solat Duha dan solat Witr sebelum tidur" Riwayat Imam Abu Daud dan al-tabrani.


Daripada Abu al-Darda, Rasulullah bersabda " Sesungguhnya Allah berfirman dalam hadis kudsi: "Hai anak Adam! Jangan kamu lemah(untuk mengerjakan) daripada emapat rakaat Dhuha pada awal hari, nescaya Aku cukupkan bagimu hingga akhir hari tersebut" Riwayat Ahmad.


Sekadar ini saja untuk kali ini, moga saya dan anda diberi kesenangan untuk melakukan solat sunat di atas. InsyaAllah, sya akan berkongsi lagi solat sunat yang lain nanti. 





0 comments:

Post a Comment