Wednesday, February 2, 2011

on


Memang kita sedia maklum, kita banyak terpengaruh dengan tatacara orang barat. Contoh cara makan, kita terasa lebih bertamadun bila makan guna camca (sudu) dan garpu daripada guna tangan. Walhal Nabi makan menggunakan tangan. Sanggup memasukkan makaana dalam mulut menggunakan tangan kiri....ialah garpukan di pegang dengan tangan kiri.
Lagi satu, bila kita nak ambil lauk atau kuah menggunakan sudu. Selalunya guna tangan kiri. Kononnya jika guna tangan kanan akan mengotorkan sudu. Cuba fikir. Jikalau makanan yang lekat di tangan kanan itu kotor, kenapa masukkan dalam mulut?
Dari Aisyah R.A “ Tangan Rasullulah SAW yang kanan itu beliau gunakan untuk bersuci dan makan, sedang tangan beliau s.a.w. Yang kiri itu untuk sesuatu yang dilakukan dalamjamban – seperti bercebok, mengambil batu dan menghilangkan kotoran- serta apa-apa yang merupakan kotoran -seperti berludah, beringus dan sebagainya” Hadis sahih riyawat Imam Abu Dawud. Rujukan Riyadhus Shalihin hadis 719.
Sunnah pegang siwak

Satu lagi amalan yang mudah dan murah untuk di praktikkan ialah bersiwak atau bersugi. Banyak hadis meriwayatkan bagaimana baginda bersugi sewaktu bangun tidur, sewaktu masuk rumah serta sebelum solat.

Daru Abu Hurairah r.a. Katanya: “Rasulullah s.a.w. Bersabda: Andaikata tidak akan menjadikan keberatan bagi umatku atas sekelian manusia, nescayalah mereka itu akan saya perintah untuk bersiwak pada tiap-tiap akan bersolat” Rujukan Riyadhus Shalihin hadis 1193.
Ada juga yang menyatakan, sesiapa yang bersugi dan bersolat maka 70 kali lebih baik dari siapa yang tak bersugi. Rujuk kitab Matla' Al-Badrain muka surat 28.
Antara kelebihan bersugi yang digariskan dalam kitab Matla' Al-Badrain adalah seperti di bawah:
  1. Menyucikan mulut
  2. Membaikkan bau mulut
  3. Menjadi lebih cerdik
  4. Mencerahkan mata
  5. Melambatkan tumbuh uban
  6. Membetulkan belakang
  7. Menggandakan pahala
  8. Memudahkan menyebut syahadah bila hendak mati
Masya Allah banyak sungguh kelebihan bersugi ini. Sunnah juga kita penggang kayu sugi dengan tangan kanan serta mulakan dengan mulut sebelah kanan juga. Lalukan juga kayu sugi itu diatas dengan perlahan ke langit -lagit, gusi, gigi dan lidah. Belilah kayu sugi ini. Tak mahal pun, RM 2-3 sahaja. Sedangkan kalu beli berus gigi harganya sampai RM10.
Moga kita sesama dapat amalkan beberapa sunnah nabi yang saya nyatakan di atas.

1 comments: