Sudah menjadi amalan kita orang untuk melakukan business trip atau perjalanan untuk perniagaan. Dan kita akan aturkan segala urusan dibuat secepat mungkin supaya kita dapat pulang segera ke rumah. Atau takut bos marah sebab lama sangat tidak masuk pejabat.
Teringat beberapa tahun dulu, saya pernah membuat business trip yang begitu singkat. 6am naik kapal terbang ke Kota Kinabalu, 1030 am sampai lalu terus buat "site survey", 5pm terus ke Kuching. Keesokkannya selepas sarapan terus "check out" dan pergi buat "site survey". Pukul 7pm dah tiba KLIA. Juga beberapa kali saya pergi untuk business trip ke Johor Bahru di waktu pagi dan pulang semula ke Subang Jaya di hari yang sama.
Semua ini dilakukan dengan teratur atau "well plan" supaya setiap waktu itu digunakan sebaik mungkin. Disamping dapat menjimatkan masa ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan syarikat. Itulah perjalanan hidup kita yang yang hanya mementingkan keduniaan.
Terkesan saya dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, " Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau (musafir) yang melalu suatu jalan." Sepatutnya di dunia ini kita buat macam business trip juga. Rancang betul - betul masa kita dan perjalanan hidup kita ni.Di dunia hanya untuk mencari bekalan yang akan kita bawa pulang ke kampung akhirat.
Kita seperti melakukan perniagaan dengan Allah. Empunya alam ini. Boss yang paling tinggi. CEO of the Universe. Dan perniagaan dengan Allah itu tidak pernah akan merugikan sesiapa. Seperti firman Allah di dalam Surah Fatir, 35: 29
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرًّ۬ا وَعَلَانِيَةً۬ يَرۡجُونَ تِجَـٰرَةً۬ لَّن تَبُورَ (٢٩)
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (29)
Diharap saya juga dapat mengisikan masa yang di peruntukkan dengan amal ibadat yang berkualiti dan di terima oleh Allah. Kerana "business trip" ini kita tak tau bila boss akan suruh kita pulang. Tiket pulang sudah ada pada semua orang, konsep "open ticket", masa & tarikh tidak di beritahu. Apa yang pasti cuma kita semua akan dijemput oleh Izzail.
0 comments:
Post a Comment