Merujuk kepada tafsir Ibnu Katsir. Hadis yang riwaytkan oleh An Nasa-i. Pada setiap kali al-fatihah dibaca dalam solat, ternyata Allah membalas tiap bait bicara, sepertimana dalam hadis qudsi, sabda Baginda Rasulullah S.A.W., Allah berfirman,
“Aku telah membahagikan solat (al-fatihah) kepada dua bahagian, separuh untukKu dan separuh lagi untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa saja yang dipohonkan kepadaKu.
Apabila hambaKu berkata, Segala puji untuk Allah Tuhan Sekelian Alam.
Allah menjawab: HambaKu telah memujiKu.
Apabila hambaKu berkata, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
Allah menjawab: HambaKu telah memberi sanjungan kepadaKu.
Apabila hambaKu berkata: Yang Menguasai hari pembalasan.
Allah menjawab: HambaKu telah mengagung-agungkanKu.
Apabila hambaKu berkata, Hanya Engkau yang aku sembah dan hanya Engkau tempat aku memohon perlindungan.
Allah menjawab: Ini di hambaKu dengan Aku dan untuk hambaKu apa sahaja yang dipohonkan kepadaKu
Apabila hambaKu berkata, Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Allah menjawab: Ini untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa sahaja yang dipohonkan kepadaKu.”
Dulu saya selalu baca membaca Al Fatihah dengan begitu cepat sekali. Dan pernah ketika itu seorang Ustaz berpesan, " Cuba baca Al Fatihah dengan tertib dan berhenti ambil nafas bagi setiap ayat semasa solat"...dalam hati berkata..."peh...macam ni solat 2 rakaat pun lebih 5 minit" Alhamdulillah sekarang ini bila mengetahui makin belajar, Allah telah beri saya kekuatan untuk membaca dengan lebih tertib. Moga Allah terus beriku kekuatan untuk melakukannya di setiap solat.
Assalamualaikum warahmatullah,
ReplyDeleteSyabas anaknda.......teruskan mendalami tafsir ayat-ayat suci Alquran, semuga anaknda akan menikmati lebih-lebih lagi dan sama-sama berdoa kita semua sentiasa mendapat BarakahNya jua.
Assalamualaikum saudara Saiful,
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi..teruskan usaha2 mulia saudara.