Thursday, March 17, 2011

on

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Selepas sembahyang Subuh, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal: Wahai Bilal ceritakan padaku tentang amalan (besar pahalanya) kamu yang kamu lakukan setelah berada dalam Islam, kerana semalam aku mendengar suara hentakan seliparmu di dalam Syurga. Bilal berkata: Aku tidak pernah melakukan suatu amalan (besar pahalanya) pun dalam Islam, tetapi selagi Allah mentakdirkan aku mendirikan sembahyang, maka aku akan berwuduk dengan sempurna samada malam ataupun siang hari.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4497,Bab Sebahagian Dari Kelebihan Bilal r.a)

Hadis di atas ini memang biasa kita dengar. Sudah biasa kita berazam untuk melakukan. Namun saya juga gagal melaksanakannya. Inilah hakikat kita sekarang. Lebih mudah buat apa yg bos suruh. Ringan tangan untuk semua benda lain. Tapi terasa perit dan susah untuk melakukan ada yang Allah dan Rasulullah sarankan.

Teringat firman Allah di dalam surah Munafiqoon: 9 yang bermaksud," Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 

Alangkah bagus, jika kita dapat baca satu Hadis sehari dan dapat amalkan pula. Ni adalah salah satu tanda kita mencintai Baginda. Selawat dan salam kepada Baginda serta kaum kerabat Baginda....terdetik di hati saya ini. "Agak-agaknya Baginda kenal saya tak di Masyar nanti? Layak taka say dapat syafaat Baginda?".

0 comments:

Post a Comment