Monday, March 7, 2011

on


Pada zaman sekolah dulu ada seorang cikgu itu digelar dengan panggilan Ismail Koboi. Sebab beliau selalu pakai topi koboi. Jika saya dan kekawan pergi untuk makan di Umbai, Melaka kami jua suka pergi ke kedai pakcik koboi. Beliau sentiasa memakai topi koboi semasa melayan pelanggan yang mengunjung ke sana. Masakannya juga sedap. Terutama udang goreng butter. Nyam nyam nyam.


Cerita pasai koboi ini teringat pasai mandi koboi. Semua orang tau apa maksud mandi koboi ini. Tak payahlah nak di "explain" lebih mendalam lagi. Semasa kelas tafsir Al Munir Juz 'Amma terserempatlah dengan satu hadis Rasulullah. Ibn Abbas berkata Rasulullah bersabda bermaksud : " Sesungguhnya Allah SAT melarang kamu daripada bertelanjang, maka malulah kamu kepada para malaikat Allah yang sentiasa berada bersama-sama kamu, iaitu malaikat-malaikat yang mulia dan mencatat(perbuatan kamu) yang tidak berpisah daripada kamu kecuali tiga keadaan: membuang air besar,junub dan mandi. Maka apabila salah seorang daripada kamu mandi di kawasan lapang, hendaklah ia berlindung dengan pakaiannya, dinding atau untanya"




Saya berpesan kepada diri sendiri agar dapat saya mengamalkan hadis ini. Dan mengajak para pengunjung blog ini juga berusaha untuk tidak lagi mandi koboi. Kita seharusnya malu dengan para malaikat. Walaupun tiada sesiapa nak tengok kita...kita rasalah. Tetapi malaikat itu sentasa berada bersama kita. 

1 comments: