Friday, March 11, 2011

on
Di sini saya nak kongsi komen Saudara Adie. Saya suka catatan anda. Mungkin saya hanya tengok pada satu arah saja. Adie cerita dari pengalaman berlumba di litar. Sebenarnya saya bukan nak laju sangat setakat 120-140km/j dah ok. Memang sikap pemandu di Malaya ni tak brp sihat. Bawa kereta kecik , 80km/j, tapi masih nak dok di laluan paling kanan. Dalam kws perumahan pun nak bawa laju. Pelik.


Adie,
Terima kasaih atas catatan anda di blog saya.


Tumpang lalu Tuan Tanah.

Izinkan untuk saya nak bagi pendapat nombor (2) di atas.

Kesimpulan yang boleh saya bagi ialah :

a. Keadaan lebuhraya / jalanraya di Malaysia ni tak sesuai untuk memandu laju berdesup macam di Autobahn kat jerman nun. Lebuhraya kita pendek-pendek je.

b. Mentaliti majoriti pemandu (termasuk saya)hanya perasan bagus & dah habis cekap(konon) walaupun hanya pakai kereta kompak klon Toyota yang berkapasiti 1.3cc... itu belum lagi kalau dapat kereta high-performance. Belum lagi cerita Wajalution, Wiralution yang dah upgrade custom modified. Apa cerita Sang Kancil yang tak nak ketinggalan? Bukan semua orang mampu memiliki jentera mewah.

c. Memiliki kereta / motosikal berkuasa tinggi tidak bererti pemiliknya juga mempunyai kemahiran mengendalikan jentera masing-masing dengan cekap. Setakat memecut laju di lebuhraya, sesiapa pun boleh buat kan...

d. Jika dilaksanakan juga, maka secara automatik akan timbul situasi-situasi seperti yang dinyatakan pada nombor (4) dan secara tidak langsung akan menaikkan statistik kemalangan.

e. Cukuplah kita perhatikan kenderaan dari tanah Temasek yang membalas dendam memecut di lebuhraya kita apabila terlepas dari "penjara" mereka. Mentang-mentanglah mereka (walaupun bukan semua) guna kereta / superbike eksotik, high performance, maka mereka jadikan lebuhraya kita sebagai tempat untuk menguji keupayaan jentera masing-masing.

Pada saya, daripada wujudkan LESEN BAWA LAJU, lebih baik daftar lesen racing dari AAM lepas tu lepaskan geram anda di litar lumba yang ternyata lebih selesa & selamat. Kalau kemalangan pun pasukan paramedik dah siap sedia di tepi. Kalau ditakdirkan menemui ajal sekalipun, anda tidak melibatkan nyawa insan lain yang tak berdosa kan?

Sertai kelab-kelab / komuniti kenderaan model anda. Bergaul dengan pakar, timba ilmu sewajarnya, berkongsi pendapat.

Pengalaman pertama saya memandu Proton Wira fully modified di Litar Sepang kira-kira 9 tahun lalu. Waktu tu ialah Sepang Track Day, saja je suka-suka masuk konon nak tayang skill. 

Di starting grid macho je... Lampu hijau menyala dan terus pecut sehinggalah di selekoh PERTAMA. Awal-awal lagi saya sudah terbabas :-P . Itulah akibatnya kalau perasan dah bagus sangat. Boleh dikatakan setiap selekoh saya akan overshoot. Cuma boleh pecut di trek lurus je itupun baru cecah 180km/j dah gigil kepala lutut (taklah handal kalau macam ni kan?) ... 

Untuk pengetahuan semua, 180km/j tak sama kelajuannya antara litar lumba & jalan biasa / lebuhraya. Di luar, kalau dah naik 180km/j tu dah rasa bangga semacam siap bagi flash high beam suruh orang bagi laluan kat kita tetapi di atas litar, kelajuan gitu alahai tak de makna pun... rasa perlahaaaaannnnnn sangat sampai tak alert selekoh tajam menanti di depan (itu yang buat terbabas tu...)

Mujur tak kemalangan tapi kereta habis calar balar sebab asyik makan rumput di selekoh je hehehe.

Apapun ini cuma pendapat & pengalaman peribadi saya sahaja. Jika TT rasa penyampaian saya agak keterlaluan, saya tak kisah jika TT delete. Itu hak TT. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya di sini.

Adie Johan
Usj18
www.kom135.com
www.malaysianbikers.com.my
Komuniti Proton Persona KL.

0 comments:

Post a Comment