Friday, March 18, 2011

on
Telefon bimbit yang asli


Alhamdulillah, sains dan teknologi masa kini telah samapi di satu tahap yang cukup tinggi. Lihat sajalah seperti teknologi satelit, kapal terbang, kapal selam dan kapal laut yang mampu tampung lebih 3000 penumpang.
Dahulunya tv kita yang besar lagi berat sekarang hampir semua rumah memiliki LCD atau LED tv yang begitu nipis dan ringan. Malah mampu di lekatkan di dinding rumah hanya dengan 4 biji skrew.

Tidak ketinggalan juga kita lihat perkembangan teknologi terhadap telefon bimbit. Pada awal tahun 90', telefon bimbit ini sangat besar dan berharga hampir RM20,000. Bak kata orang sekarang," baling anjing pun mati". Dan pada masa itu, fungsi telefon hanya sekadar untuk percakapan saja (voice ).

Sekarang penggunaan telefon bimbit ini telah dipertingkatan. Hampir sama dengan kemampuan komputer mini. Kita mampu hantar email, berchatting, buat nota, link dengan email serta kalender meeting kita malah bermacam macam lagi. Terkini untuk Iphone 4, boleh dijadikan "personal wireless router". boleh menampung 3 Wifi, 3 Bluetooth serta satu USB connection. Malah harga telefon yang asas boleh dapat RM99. Inilah teknologi, barang lebih murah kualiti makin bagus.



Iphone 5


Telefon bimbit ni diperbuat biasanya diperbuat dari plastik dan besi (bahasa kita lah). Ia dicipta oleh manusia. Manusia mampu buat plastik dan besi tu bercakap. Mengeluarkan kata-kata. Ini mengingatkan kita nanti di mahkamah yang maha adil. Di adili oleh Allah yang maha bijaksana lagi iaitu di Mahsyar. Bilamana lidah kita dikunci dari berkata-kata. Yang mampu berkata-kata ketika itu ialah anggota badan kita, seperti tangan dan kaki.Yang mana anggota kita dibuat oleh Allah yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana. Jadi amatlah mudah Allah nak buatkan tanggan dan kaki kita berkata-kata. Anggota badan kita akan menjadi saksi segala perbuatan kita. Apa macam?

0 comments:

Post a Comment