Wednesday, March 16, 2011

on


Bila kita tanya kepada semua orang, semua akan kata mereka beriman. Orang akan marah jika kita kata mereka tak beriman. Malah seorang yang tak solat, minum arak juga mengaku mereka beriman. Apa yang saya tahu beriman itu mestilah memenuhi 3 syaratnya:


1. Dikatakan dengan lidah
2. Dibenarkan oleh hati
3. Dilakukan dengan anggota


Apa pun iman seseorang itu hanya di ketahui oleh Allah yang Maha Esa lagi Bijaksana. Beberapa hari yang lepas, ada seorang Ustaz (Mazlan kalu tak silap nama dia) berkongsi kata kata Saidina Ali tentang halangan untuk jadi orang beriman.


1. Rela dengan kebodohan & kejahilan tentang agama
Jika dia tak rela dengan kejahilannya, pasti dia berusaha mempelajari ilmu agama. Membaca buku. dan sebagainya untuk mempertingkatkan ilmunya.


2. Tamak dengan dunia.


3. Bakhil dengan apa yang ada. Tidak berzakat & sedekah.
Kita lihat ramai kalangan orang Islam yang kaya raya. Tetapi amat liat untuk memberi sedikit dari harta mereka kepada yang lebih memerlukan. Saya juga berpesan kepada diri saya sendiri supaya lebih ringan untuk keluarkan zakat & sedekah. Allah telah berfirman dalam surah Al Tawba :24, yang bermaksud
" Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"


4. Riak dalam amal.
Moga Allah menjauhi kita dari penyakit ini. Sia sia saja beribadat jika kita riak. Rosak segala pahala. Inilah penyakit hati yang bahaya.
Hadis Jundub Al-Alaqiy r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amala
n kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya. Hadis Sahih Muslim #5302



5. Bangga dengan fikirannya.
Ini biasa terjadi bila dalam mesyuarat hujah atau cadangan kita di terima pakai. Maka akan kita sebut selalu bahawa itu adalah idea saya. 

0 comments:

Post a Comment