Tuesday, March 1, 2011

on


Keutamaan zikir tu sangat penting. Zikir juga adalah makanan untuk hati. Tapi yang menjadi masalah kita termasuk saya adalah masa. Kita biasanya tidak mempunyai masa untuk berzikir.


Seorang Utz memberi idea kepada saya, gunalah masa memandu itu untuk berzikir. Selalunya kita perjalanan ke tempat kerja akan mengambil masa 30-45 minit. Maka pergi dan balik akan mengambil masa 60 - 90 minit. Jika kita ambil purata 60 minit sehari ini boleh dicuri untuk berzikir, alangkah baiknya.


Memang susah untuk duduk hanya berzikir di rumah untuk tempoh masa 60 minit. Tetapi semasa di dalam perjalanan ke pejabat, samada anda memandu, menaiki kenderaan awam atau bermotosikal. Tiada masalah untuk berzikir.


Tahukah anda berapa lama untuk zikir :
1. Takbir X اللَّهُ اَكْبَر  33 kali -    3 minit
2. tasbih X سُبْحَانَ اللَّه- 33 kali - 3 minit
3. tahmid X الحَمْدُ لِلَّه33 kali -    3 minit
4. Selawat X 100 kali -        5 minit
5. Istiqfar X 100 kali -         5 minit


Ini ada hadis Sahih Muslim:
Saidatina Fatimah r.a mengeluh sambil mengilas tangannya. Waktu itu beliau mendengar Nabi s.a.w mendapat seorang tawanan yang boleh dijadikan sebagai khadam. Saidatina Fatimah r.a pergi menemui Nabi s.a.w namun beliau tidak menemui baginda, cuma berjumpa Saidatina Aisyah r.a dan menceritakan maksud kedatangannya. Apabila Rasulullah s.a.w pulang, Saidatina Aisyah r.a terus menceritakan kepada baginda mengenai kedatangan Saidatina Fatimah r.a. Nabi s.a.w kemudiannya pergi menemui kami. Waktu itu kami sedang berada di tempat tidur, kami bangkit untuk menemui baginda lalu baginda bersabda: Tetaplah di tempat kamu. Baginda seterusnya duduk di antara kami sehinggalah aku reda dari memarahinya kemudian baginda bersabda: Inginkah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu? Apabila kamu berada di tempat tidur masing-masing, kamu hendaklah membaca takbir اللَّهُ اَكْبَر sebanyak tiga puluh empat kali, tasbih سُبْحَانَ اللَّه sebanyak tiga puluh tiga kali dan tahmid الحَمْدُ لِلَّه sebanyak tiga puluh tiga kali. Semuanya itu adalah terlebih baik dari seorang khadam.


Perbanyakkan zikir kita termasuk untuk diri sendiri. Banyak kelebihannya kepada kita. Mudah -mudahan kita dapat lakukan secara istiqamah. Walaupun sedikit.



0 comments:

Post a Comment