Wednesday, March 2, 2011

on


Makan dalam dulang


Setiap hari kita akan makan serta minum. Purata kita makan 4 kali sehari. Jika setiap kali kita makan kita cuba ikuti cara atau adab Rasulullah alangkah baiknya. Melalui buku Syamail Muhammad SAW oleh Imam al Tirmizi ada di ceritakan tentang cara pemakan Baginda.


Jilat tiga jari
Ka'ab bin Malik meriyawatkan: Maksudnya " Rasulullah SAW makan dengan menggunakan ketiga jari beliau, Selesai makan, beliau menjilati ketiganya" Dari Tirmizi, Muslim,Abu Dawud dan Ahmad)


Hadis ini menjelaskan bahawa Baginda menjilat tiga jarinya pabila selesai makan. Janganlah kita memandang jijik mereka yang menjilat jari selepas makan, itu adalah sunnah Rasulullah.


Minyak Zaitun


Rasulullah bersabda, "Makanlah minyak zaitun dan manfaatkanlah sebagai minyak. Sungguh, minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkahi" Riyawat Tirmizi,Ibnu Majah dan Hakim)


Buah Labu


Jabir R.A meriwayatkan, maksudnya:"Suatu hari saya menemui Rasulullah SAW dan melihat buah labu dipotong potong. Saya bertanya,"Mengapa buah ini di potong-potong?" Beliau menjawap, "Untuk memperbanyak makanan kita" Riwayat Ibnu Majah dan Nasa'i


Anas bin Malik R.A. juga meriwayatkan, maksudnya: "Rasulullah SAW adalah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali dihidangkan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikut dan menghidangkan buah labu di hadapan Baginda kerana saya tahu bahawa beliau menyukainya" Riwayat Ahmad, Darimi, Nasa'i dan Abu Dawud)


Kambing
Ummu Salamah R.Aa meriwayatkan maksudnya: " Ummu Salamah menghidangkan potongan daging kambing panggang kepada Rasulullah SAW. Beliau memakannya lalu melaksanakan solat tanpa berwuduk lagi" Riwayat Tirmidzi dan Nasa'i.


Wooow. Memang ramai kekawan yang sukakan kambing. Sunnah Rasulullah SAW makan kambing ni. Apa lagi. Jika ada kenduri kambing panggang, jemputlah saya.


Makan dengan tangan kanan serta ambil yang di hadapan kita dahulu.


Umar bin Abi Salamah meriwayatkan. Maksudnya:"Suatu hari, ia mendatangi Rasulullah SAW. Di rumah beliau ada makanan. Rasulullah berkata,"Kemarilah. Sebut nama Allah dan makanlah dengan tangan kanan apa yang ada di hadapanmu" Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan lain lain)


Doa Selepas makan


Abu Said Al-Khudri RA meriwayatkan. Maksudnya:"Setiap kali Rasulullah SAW selesai makan, Baginga selalu mengucapkan 'Alhamdu lillahil-ladzi ath'amana wa  saqana wa ja'alana muslimim' (Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami sebagai muslim)




Tetapi jarang kita ingat untuk berdoa selepas makan. Yang selalu kita kata ..." Sedapnya ". Lupa bahawa rezeki itu datang dari Allah.  Saya juga selalu mengingatkan putera puteriku untuk berdoa selepas makan.


Tidak Mencela Makanan

Dari Abu Hurairah RA katanya: "Rasulullah SAW itu tidak pernah mencela makanan sama sekali pada sesuatu makanan. Jikalau baginda SAW ingin pada makanan itu beliau pun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan- tanpa mengucapkan celaan padanya".  (Muttafaq'alaih)


Sungguh indah peribadi Rasulullah walaupun kepada makanan. Kita biasanya kan mencela masakan itu jika masin, pedas ( saya memang tak tahan pedas) atau tak sedap. Mulai sekarang saya ingin mengubah cara makan saya. Ke cara yang di anjurkan oleh Baginda SAW. 


Sekian dulu perkongsian saya. 




0 comments:

Post a Comment