Tuesday, March 1, 2011

on


Kita memang tahu, sesunggungnya Abdullah bin Ubay bin Salul merupakan seorang munafiq. Beliau bersolat di masjid Nabawi. Berimamkan Baginda sendiri. Namum hakikatnya seorang munafiq. Di dalam surah Al Munaafiqun, Allah telah menceritakan dengan panjang lebar mengenai golongan munafiq ini.


Pada awal surah lagi Allah menyebut, mereka ini selalu memuliakan Islam bila berhadapan dengan Rasulullah SAW. Padahal didalam hati mereka tidak demikian. Mereka ini memang sangat bahaya bagi Islam. Jika pada zaman Baginda sudah ada, maka pada zaman sekarang pasti lebih ramai.


Semasa membaca tafsir Ibnu Katsir mengenai surah Al Munaafiqun, saya terjumpa satu hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah. Bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang-orang munafiq mempunyai beberapa tanda yang dengannya mereka dapat dikenali; penghormatan mereka adalah laknat, makanan mereka adalah hasil rampasan, ghanimah (harta rampasan perang) mereka adalah kecurangan, mereka tidak mendekati masjid kecuali kerana riya (tidak ikhlas), tidak mendatangi solat kecuali telah selesai, sombong dan congkak, tidak mau bersahabat dan tidak mau di ajak bersahabat, tidur lelap (tidak bangun untuk solat) pada malam hari dan gaduh pada siang hari"


Sungguh takut bila baca hadis ini. Terutamanya bila tahu antara ciri orang munafiq itu ialah tidur lelap di malam hari hingga tidak bangun untuk solat malam. MasyaAllah. 


Wahai Allah yang nyawaku berada digengamanMu, aku memohon kepadaMu di jauhkan dari sifat munafiq ini. Dan berilah kekuatan kepadaku untuk bangun solat malam. Ameen. 


Lagi hadis yang menceritakan ciri-ciri puak munafiq.
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.



Hadis ini pula menyebut ciri -ciri orang munafiq ada 4, iaitu:
1. bila bercakap dia bohong
2. bila buat persetujuan dia mengkhianati
3. bila berjanji dia menyalahi
4. berlaku pertikaian dia melampaui batas


Ini juga selau terjadi kepada masyarakat kita...termasuk saya sendiri. Terutama bila berjanji. Kerap kali kita tidak dapat tunaikan. Sehingga ada ungkapan..."Biasalah, janji melayu". Cubalah kita berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ikuti lah cara hidup Islam sebenarnya. Tepatilah janji, tetapilah waktu.







0 comments:

Post a Comment