Thursday, March 10, 2011

on
Pak polis sedang buat kerja

Hari adalah hari terakhir untuk bayar saman ekor dengan potongan 50%. Penulis juga tidak ketinggalan untuk menyumbang kepada kepada negara. Saman kena bayar la. Salah tetap salah.
Saya cuma nak beri beberapa cadangan kepada kerajaan berhubung dengan saman ekor ni. Antaranya, beri "lesen untuk bawa laju" dan kenakan yuran RM500 setahun untuk sapa yang nak. Di bawah ni saya beri syarat-syaratnya:

  1. Pemandu itu tiada rekod kemalangan yang menyebabkan maut
  2. Memiliki kereta yang mempunyai selamat & baik. Serta diiktiraf oleh Puspakom boleh pandu lebih 150-200 km/j. Ini puspakom boleh buat duit ni. Charge la RM30 untuk pemeriksaan. Cth kereta seperti BMW, Merz, Volvo, Audi dan sebagainya.
  3. Kereta bawah 1,500 cc tak dibenarkan.
  4. Lesen boleh di tarik balik sekiranya:
  • Terlibat kemalangan maut
  • Didapati berlumba haram
  • Memandu dengan keadaan merbahaya.
5. Ini dapat mengurangkan kes rasuah, sebab orang yang dapat lesen ni boleh bawa laju. Tak kena tahan speed trap atau saman ekor. Bagi satu stiker khas untuk kereta depa ni.

6. Secara tidak lansung, kerajaan juga dapat pemdapatan tambahan.


Jika 100,000 orang mohon lesen ini, kerajaan akan dapat pendapatan tambahan sebanyak RM50,000,000. Banyak tu. Kalu 500,000 orang yang ambil lesen ni dah RM250 Juta. Jadi pihak kerajaan silalah pertimbangkan.

2 comments:

  1. Tumpang lalu Tuan Tanah.

    Izinkan untuk saya nak bagi pendapat nombor (2) di atas.

    Kesimpulan yang boleh saya bagi ialah :

    a. Keadaan lebuhraya / jalanraya di Malaysia ni tak sesuai untuk memandu laju berdesup macam di Autobahn kat jerman nun. Lebuhraya kita pendek-pendek je.

    b. Mentaliti majoriti pemandu (termasuk saya)hanya perasan bagus & dah habis cekap(konon) walaupun hanya pakai kereta kompak klon Toyota yang berkapasiti 1.3cc... itu belum lagi kalau dapat kereta high-performance. Belum lagi cerita Wajalution, Wiralution yang dah upgrade custom modified. Apa cerita Sang Kancil yang tak nak ketinggalan? Bukan semua orang mampu memiliki jentera mewah.

    c. Memiliki kereta / motosikal berkuasa tinggi tidak bererti pemiliknya juga mempunyai kemahiran mengendalikan jentera masing-masing dengan cekap. Setakat memecut laju di lebuhraya, sesiapa pun boleh buat kan...

    d. Jika dilaksanakan juga, maka secara automatik akan timbul situasi-situasi seperti yang dinyatakan pada nombor (4) dan secara tidak langsung akan menaikkan statistik kemalangan.

    e. Cukuplah kita perhatikan kenderaan dari tanah Temasek yang membalas dendam memecut di lebuhraya kita apabila terlepas dari "penjara" mereka. Mentang-mentanglah mereka (walaupun bukan semua) guna kereta / superbike eksotik, high performance, maka mereka jadikan lebuhraya kita sebagai tempat untuk menguji keupayaan jentera masing-masing.

    Pada saya, daripada wujudkan LESEN BAWA LAJU, lebih baik daftar lesen racing dari AAM lepas tu lepaskan geram anda di litar lumba yang ternyata lebih selesa & selamat. Kalau kemalangan pun pasukan paramedik dah siap sedia di tepi. Kalau ditakdirkan menemui ajal sekalipun, anda tidak melibatkan nyawa insan lain yang tak berdosa kan?

    Sertai kelab-kelab / komuniti kenderaan model anda. Bergaul dengan pakar, timba ilmu sewajarnya, berkongsi pendapat.

    Pengalaman pertama saya memandu Proton Wira fully modified di Litar Sepang kira-kira 9 tahun lalu. Waktu tu ialah Sepang Track Day, saja je suka-suka masuk konon nak tayang skill.

    Di starting grid macho je... Lampu hijau menyala dan terus pecut sehinggalah di selekoh PERTAMA. Awal-awal lagi saya sudah terbabas :-P . Itulah akibatnya kalau perasan dah bagus sangat. Boleh dikatakan setiap selekoh saya akan overshoot. Cuma boleh pecut di trek lurus je itupun baru cecah 180km/j dah gigil kepala lutut (taklah handal kalau macam ni kan?) ...

    Untuk pengetahuan semua, 180km/j tak sama kelajuannya antara litar lumba & jalan biasa / lebuhraya. Di luar, kalau dah naik 180km/j tu dah rasa bangga semacam siap bagi flash high beam suruh orang bagi laluan kat kita tetapi di atas litar, kelajuan gitu alahai tak de makna pun... rasa perlahaaaaannnnnn sangat sampai tak alert selekoh tajam menanti di depan (itu yang buat terbabas tu...)

    Mujur tak kemalangan tapi kereta habis calar balar sebab asyik makan rumput di selekoh je hehehe.

    Apapun ini cuma pendapat & pengalaman peribadi saya sahaja. Jika TT rasa penyampaian saya agak keterlaluan, saya tak kisah jika TT delete. Itu hak TT. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya di sini.

    Adie Johan
    Usj18
    www.kom135.com
    www.malaysianbikers.com.my
    Komuniti Proton Persona KL.

    YM / Skype / Gtalk : nbv4677

    ReplyDelete